{"help": "https://catalog.sarawak.gov.my/api/3/action/help_show?name=datastore_search", "success": true, "result": {"include_total": true, "resource_id": "d5735878-36e2-465a-bf8c-77ab382a29ee", "fields": [{"type": "int", "id": "_id"}, {"type": "text", "id": "MLFNS KALI"}, {"type": "text", "id": "TARIKH"}, {"type": "text", "id": "KATEGORI"}, {"type": "text", "id": "TAJUK"}, {"type": "text", "id": "TAHUN"}, {"type": "text", "id": "SIGHAH KEPUTUSAN"}, {"type": "text", "id": "STATUS PEWARTAAN"}], "records_format": "objects", "records": [{"_id":1,"MLFNS KALI":"1.0","TARIKH":"8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Pemindahan Organ","TAHUN":"1995.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 bersetuju bahawa hukumnya sama dengan hukum pemindahan ginjal dengan syarat-syaratnya seperti berikut:-\n\n(a) Derma Dari Yang Hidup\ni. Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organnya\nii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma, dan\niii. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli\n(b) Derma Dari Yang Mati\ni. Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan\nii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh yang memerlukannya\niii. Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ itu semata-mata untuk berubat, dan\niv. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli\n","STATUS PEWARTAAN":"Diwartakan"},{"_id":2,"MLFNS KALI":"1.0","TARIKH":"8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H","KATEGORI":"Lain-lain","TAJUK":"Pemindahan Kubur Orang Islam","TAHUN":"1995.0","SIGHAH KEPUTUSAN":" Mesyuarat Lembaga Fatwa kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 :\n\"BAHAWA mayat orang Islam boleh digali dan/ atau dipindahkan kalau didapati sah mayat itu dikebumikan:\n(a) Di tanah perkuburan orang bukan Islam;\n(b) Tanpa dimandikan;\n(c) Dengan tidak menghadap kiblat;\n(d) Dengan dikapankan dengan kain yang dirampas;\n(e) Bersama dengan harta orang lain dan harta tersebut dituntut oleh empunyanya;\n(f) Di tanah kepunyaan orang lain tanpa izin;\n(g) Di tanah yang dikhuatiri susut atau hakis seperti di tebing sungai atau lereng bukit;\n(h) Di tanah yang akan dimajukan oleh pihak yang berkuasa untuk maslahat umum seperti membuat jalan raya;\n(i) Di tanah lumpur yang diacap air; atau\n(j) Bersama mayat lain, yang menyebabkan hati warisnya tidak senang.\"\n","STATUS PEWARTAAN":"Diwartakan"},{"_id":3,"MLFNS KALI":"1.0","TARIKH":"8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Miring","TAHUN":"1995.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 telah memutuskan :\nBahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.\nOrang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":4,"MLFNS KALI":"1.0","TARIKH":"8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Kaul Dan Tibau","TAHUN":"1995.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H /8 & 9 Disember 1995M telah memutuskan bahawa Kaul dan Tibau yang masih diamalkan oleh kaum Melanau yang bukan Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Di antara upacara yang bercanggah itu ialah kepercayaan kepada Ipok-ipok (hantu) boleh memberi bekas ke atas keselamatan manusia.\nOleh kerana itulah mereka adakan jampi serapah, ancak dan sebagainya untuk pujukan dan hidangan serta duman bagi untuk membujukkan Ipok-ipok yang jahat itu.\nOleh yang demikian Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang dalam mesyuaratnya pada 8-9 Disember 1995 dengan kata sepakat ingin menasihatkan supaya orang-orang Islam tidak mengambil bahagian dalam upacara Kaul dan Tibau yang bertentangan dengan akidah Islam itu.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":5,"MLFNS KALI":"2.0","TARIKH":"8 & 9 Disember 1995M/15 & 16 Rejab 1416H","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Gerakan Anti-Hadis","TAHUN":"1995.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 1 pada 8 & 9 Disember 1995M bersamaan 15 & 16 Rejab 1416H telah memutuskan tentang kepercayaan golongan anti-hadis yang bertentangan dengan akidah Islam serta pandangan rendah mereka kepada Rasululllah SAW. seperti berikut :\nA.       BAHAWA buku yang bertajuk;\n(a)    “Hadis Satu Penilaian Semula” dan “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” yang kedua-duanya ditulis oleh Kasim Ahmad;\n(b)    “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di Dalam Al-Quran” yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;\n(c)    “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali\n(d)    “The Computer Speaks – God's Message To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, dan\n(e)     Risalah “Iqra”\n           adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut antara lain, menolak hadith sahih (iaitu yang disahkan bersumber daripada Rasulullah SAW) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, meghina kedudukan Rasulullah SAW dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran tersebut.\nB.       BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut terdahulu adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.\nC.       OLEH YANG DEMIKIAN\n(1)    mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hadis Satu Penilaian Semula”, “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanku – Hadith Di Dalam Al-Quran', “Bacaan” atau “The Computer Speaks: God's Message To The World” dan risalah “Iqra” adalah haram;\n(2)    Mana-mana orang atau kumpulan Islam adalah dilarang\n(a) untuk mengajar, mempelajari mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hadis Satu Penilaian Semula', Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, “Pendedahan        Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam Al- Quran”, “Bacaan” dan “The Computer Speaks : God's Message To The World”;\n(b) untuk mencetak, menerbitkan, memilki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku “Hadis Satu Penilaian Semula', Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, “Pendedahan    Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam Al-  Quran', “Bacaan” dan “The Computer Speaks : God's Message To The World”, atau mana- mana bahagiannya termasuk :\n◦  apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n◦  apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n◦  apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu\n◦ pada atau atas apa-apa bahan, samaada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;     \n(c) Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan Anti-Hadith yang tersebut dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.\n","STATUS PEWARTAAN":"Diwartakan"},{"_id":6,"MLFNS KALI":"2.0","TARIKH":"12 Rejab 1417H/ 23 November 1996","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Sarawak\n","TAHUN":"1996.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 2 pada 12 Rejab 1417H/ 23 November 1996telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-\n1. Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak\n2. Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak\n3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak\n4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif 'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' seperti berikut :\n'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan\npegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan\n6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah\n7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan\n8. Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan)\n9. Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah\n10. Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\n11. Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":13,"MLFNS KALI":"4.0","TARIKH":"24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Alkohol Menurut \nPandangan Islam\n","TAHUN":"1999.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M telah memutuskan bahawa:\n\n1. Setiap minuman arak mestilah mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu adalah dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum seperti racun.\n\n2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum\n\n3. Minuman ringan yang dibuat untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah haram\n\n4. Tapai halal dimakan\n\n5. Alkohol yang terjadi dan digunakan sebagai barang sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan seperti pengawet\n\n6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":7,"MLFNS KALI":"2.0","TARIKH":"12 Rejab 1417H/ 23 November 1996","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Zakat Gaji","TAHUN":"1996.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417H/ 23 November 1996 telah memutuskan bahawa :\n\nGaji, tunggakan gaji, pelbagai elaun dan lain-lain pendapatan yang berkaitan dengan pengajian setelah ditolak keperluan asas, pembiayaan kerja, hutang dan apa-apa pembiayaan yang menjadi sebab sebenar pembiayaan seseorang itu apabila cukup nisabnya adalah wajib dizakat.\n\nNisab zakat gaji adalah sama dengan nisab zakat emas dan perak. Nisab zakat emas ialah 85 gram (25.2259 mayam) dan nisab zakat perak ialah 595 gram (176.5913 mayam)","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":8,"MLFNS KALI":"2.0","TARIKH":"12 Rejab 1417h/ 23 November 1996M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Zakat Syarikat Koperasi","TAHUN":"1996.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417h/ 23 November 1996M telah sebulat suara mengambil keputusan bahawa Koperasi Anib Bhd adalah diwajibkan untuk mengeluar zakat.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":9,"MLFNS KALI":"3.0","TARIKH":" 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Pungutan Zakat Gaji Melalui \nLembaga Hasil Dalam Negeri\n","TAHUN":"1997.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M memutuskan bahawa zakat gaji boleh dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dilantik sebagai amil dengan syarat-syarat seperti berikut :-\ni. Islam\nii. Mukallaf\niii. Memahami Hukum-Hukum Zakat\niv. Kemampuan Mengurus Kutipan dan Melaksanakan Tugas\nJawatankuasa juga memutuskan bahawa perlantikan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai pemungut\nzakat gaji untuk pekerja Islam di Sarawak diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":10,"MLFNS KALI":"3.0","TARIKH":"16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Lagu Getaran Jiwa Nyanyian \nBersama Kumpulan KRU \ndan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee\n","TAHUN":"1997.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah membincangkan pandangan Islam tentang muzik yang mana ianya dibolehkan asalkan :-\ni. Tidak mengkhayalkan sehingga lupa kepada kewajipan\nii. Tidak mengandungi unsur-unsur lucah\niii. Tidak mengarah kepada perbuatan dosa\niv. Tidak memberangsangkan nafsu\nv. Tidak berlebih-lebihan dalam berhibur\nvi. Tidak menghilangkan nilai-nilai akhlak Islamiah\nvii. Tidak mengandungi perkataan atau perbuatan yang menyalahi aqidah, syariah dan akhlak Islamiah\nBerhubung dengan penggunaan teknologi canggih untuk membolehkan manusia yang hidup berduet dengan penyanyi yang telah meninggal, Jawatankuasa memutuskan perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Islam asalkan tidak bertentangan dengan syarat-syarat yang disebut di atas\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":11,"MLFNS KALI":"3.0","TARIKH":" 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Pendermaan Ginjal","TAHUN":"1997.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah memutuskan:\n\"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n(1) DERMA DARI YANG HIDUP\nSyarat-syaratnya adalah seperti berikut:\n(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;\n(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan\n(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli\n(2) DERMA DARI YANG MATI\nSyarat-syaratnya adalah seperti berikut:\n(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;\n(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;\n(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan\n(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli\n","STATUS PEWARTAAN":"Diwartakan"},{"_id":12,"MLFNS KALI":"4.0","TARIKH":"24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Sembahyang Tarawih","TAHUN":"1999.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M sebulat suara bersetuju bahawa Sembahyang Tarawih adalah dua puluh rakaat berpegang kepada pendapat Mazhab Al-Imam As-Syafie berdasarkan kepada beberapa dalil di antaranya :\ni)Al-Hadis - Yazid bin Rauman \"Dan datang\nberita dari Malik, ayng diterima dari Yazid bin Rumman mengatakan bahawa orang-orang di zaman Saidina Omar r.a Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat dan tiga witir\"\n(Riwayat Malik dalam Kitab Muwattak)\nii) Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat adalah ijma' para sahabat kerana ia telah dilakukan oleh orang Islam sejak dari Zaman Khalifah Omar, Osman dan Ali r.a Telah berkata Al-Kasani bahawa Saidina Omar telah mengumpul para sahabat untuk Sembahyang TArawih dalam bulan Ramadhan diimamkan oleh Ubai bin Kaab dan tidak seorang pun antara mereka yang membantah.\niii) Sembahyang Tarawih lapan rakaat adalah Sunnah RAsul sementara dua puluh rakaat pula adalah Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin, mengikut Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin bererti mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang ditegaskan Rasul kira-kira bermaksud :\n\"Hendaklah kamu berpegang kepada sunnah ku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk dan pegangilah ia dengan sekuat-kuatnya\"\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":14,"MLFNS KALI":"5.0","TARIKH":"20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M","KATEGORI":"Pakaian","TAJUK":"Lelaki Memakai Emas Putih","TAHUN":"2000.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M telah memutuskan walaupun dalam apa bentuk sekalipun emas untuk lelaki hukumnya haram termasuklah emas putih yang tidak halal bagi mereka.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":15,"MLFNS KALI":"5.0","TARIKH":"20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Kedudukan Orang-Orang \nYang Telah Diisyhtiharkan Bangkrap \nOleh Mahkamah \nPergi Menunaikan Haji Ke Mekah\n","TAHUN":"2000.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M berpendapat bahawa Orang-Orang Yang Telah Diisyhtiharkan Bangkrap Oleh Mahkamah Pergi Menunaikan Haji Ke Mekah dari segi agama ianya dibolehkan, akan tetapi pemohon perlulah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pemegang Harta (tempat hartanya disimpan) sebelum pemohon keluar negeri mengerjakan haji yang fardhu sahaja.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":16,"MLFNS KALI":"5.0","TARIKH":"20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Konsep Tasawuf \nFalsafah Wehdatul Ujud\n","TAHUN":"2000.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M bersetuju dan bersependapat menentang konsep Tasawuf Falsafah Wehdatul Ujud ini kerana ianya bertentangan dengan ajaran tasawuf Islam dan bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":17,"MLFNS KALI":"5.0","TARIKH":"20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M","KATEGORI":" Ibadah","TAJUK":"Garis Panduan Untuk \nKebenaran Mendirikan Masjid\n","TAHUN":"2000.0","SIGHAH KEPUTUSAN":" Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M telah bersetuju dengan keempat-empat syarat yang dibincangkan dalam kertas ini tanpa apa-apa pindaan sebagai panduan kebenaran mendirikan masjid atau surau:\ni) Jarak diantara sebuah masjid ke sebuah masjid tidak kurang dari satu setengah batu (7 batu persegi) kecuali kerana musyaqqah atau darurat, seperti menerusi jalan sungai, masjid tidka dapat menampung jemaah yang banyak dan sebagainya.\nii) Tidak kurang daripada 40 orang lelaki bermastautin\niii) Ada Ahli Jawatankuasa dan pegawai yang mengendali masjid atau surau itu untuk mendirikan Solat Jumaat\niv) Tapak tanah telah diperuntukkan atau diberi milik untuk masjid atau surau\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":18,"MLFNS KALI":"6.0","TARIKH":"8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Tariqat Naqsyabandiah \nAl-Aliyyah Syeikh Nazim \nAl-Haqqani\n","TAHUN":"2002/6","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M telah sebulat suara memutuskan bahawa :\n\ni) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\n\nii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'\n\niii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\n\nMenurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.\n\nKesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":19,"MLFNS KALI":"6.0","TARIKH":"8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed \nMuhamad Al-Masyhor\n","TAHUN":"2002/6","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002 bersetuju menolak ajaran kumpulan ini kerana ajaran kumpulan Al Mas adalah menyeleweng dan sesat dari segi akidah dan syariat ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran ini. Walaupun ajaran ini masih berkembang di Semenanjung Malaysia.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":20,"MLFNS KALI":"6.0","TARIKH":"8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":" Nur Muhammad \nMenurut Ulama \nAhlus Sunnah Wal Jamaah\n","TAHUN":"2002/6","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :\n\ni) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada \"Nur Muhammad\" itu sesat, kerana sebahagian ulaam mu'tabar seperti Imam Ibnu HAjar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji,Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka \"Nur Muhammad\" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.\n\nii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada \"nur allah\" atau dengan tafsiran yang seolah-olah \"Nur Muhammad\" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah ISlam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.\n\niii) Konsep \"Nur Muhammad\" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah\n\niv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep \"Nur Muhammad\" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep \"NUr MUhammad\" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat\n\nMenurut Pengerusi salah faham mengenai \"Nur Muhammad\" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":21,"MLFNS KALI":"6.0","TARIKH":"8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M","KATEGORI":"Muamalat/Ekonomi\n","TAJUK":"Melabur Dalam ASN dan ASB","TAHUN":"2002/6","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M telah memutuskan bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksananaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak diharus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya saham (ASB & ASN).","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":22,"MLFNS KALI":"7.0","TARIKH":" 27 Jun 2002M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Menaikkan Taraf Surau\nKepada Masjid Jamaah\n","TAHUN":"2000/7","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 7 pada 27 Jun 2002M telah memutuskan seperti berikut:\n1. Tujuan kertas kerja dibuat adalah untuk menjadikan surau-surau di Negeri Sarawak ini sebagai MASJID JAMAAH supaya lebih hampir kepada kehendak syarak sekaligus dapat membentuk pengurusan yang lebih kemas dan teratur\n\n2. Hukum Iktiqaf dan Sembahyang Tahiyatul Masjid di surau-surau menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam samaada ianya disunatkan atau tiada\n\n3. Setelah merdeka, keadaan bangunan dan fizikal surau telah berubah yang mana ianya menyamai bangunan-bangunan Masjid. Ada setengah-setengah surau mendirikan sembahyang Jumaat dengan kelulusan daripada Majlis Islam Sarawak tetapi masih lagi dikenali sebagai Surau\n\n4. Untuk menghapuskan kekeliruan yang berlaku di tengah-tengah masyarakat, berhubung dengan Iktiqaf dan Sembahyang Tahiyatul Masjid di surau-surau maka dicadangkan supaya surau-surau di seluruh negeri Sarawak yang menepati ciri-ciri dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak dijadikan Masjid Jamaah. Sementara surau-surau yang telah mendirikan Sembahyang Jumaat dijadikan Masjid Jamek. Surau-surau di pejabat-pejabat dan tempat-tempat seumpamanya masih kekal dikenali sebagai surau atau Mushalla\n\n5. Cadangan ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan akan tetapi ianya memerlukan penerangan dan penjelasan daripada agensi agama kepada Jawatankuasa Surau yang difikirkan sesuai untuk dijadikan Masjid Jamaah\n\n6. Sesebuah surau hanya dijadikan sebagai Masjid Jamaah apabila memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak seperti berikut :-\na. Tapak tanah untuk mendirikan sebuah surau mempunyai surat hak milik sama ada diwakafkan atau dikurnia oleh kerajaan\nb. Mempunyai Lembaga Amanah di bawah Charitable Trusts Ordinance 1994 atau Jawatankuasa Pengurusan yang dipilih penduduk kampung yang diikitraf oleh Majlis Islam Sarawak\nc. Mempunyai pegawai-pegawai surau yang tetap\nd. Mendirikan sembahyang 5 waktu berjemaah dan;\ne. Mempunyai keupayaan, menjaga kemuliaan dan kebersihan masjid\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":23,"MLFNS KALI":"7.0","TARIKH":" 27 Jun 2002M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Penyelarasan Kaedah \nPenentuan Harga Zakat Fitrah \nSeluruh Malaysia\n","TAHUN":"2000/7","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 7 pada 27 Jun 2002M bersetuju menerima kertas kerja dan memperakukan keputusan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan ini :\n\n1. Harga zakat fitrah di seluruh Malaysia adalah berbeza-beza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri-negeri yang lain. Ini adalah disebabkan harga beras yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun kadar sukatan bagi menentukan berat beras adalah sama iaitu satu gantang Baghdad\n2. Bahagian Penyelidikan JAKIM telah memperakukan beberapa kaedah dan garis panduan bagi penetapan harga zakat fitrah untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia iaitu :-\n\na. Kaedah Penentuan harga zakat fitrah menggunakan kadar sukatan gantang Baghdad\nb. Beras Super Tempatan Gred A menjadi bahan asas yang akan digunakan untuk penentuan\nc. Satu gantang Baghdad beras Super Tempatan Gred A beratnya 2.70 kg\nd. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri berdasarkan kepada harga semasa bagiberas Super Tempatan Gred A beratnya 2.70 kg di negeri berkenaan\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":24,"MLFNS KALI":"7.0","TARIKH":" 27 Jun 2002M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":" Penentuan Qaryah Jumaat","TAHUN":"2000/7","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kai ke 7 pada 27 Jun 2002M telah memutuskan bahawa:\n\n1. Solat Jumaat tidak boleh didirikan berbilang-bilang dalam satu kawasan (qaryah) kecuali kerana hajat seperti penduduk begitu ramai dan sukar bagi mereka untuk berkumpul\n\n2. Solat Jumaat di negeri Sarawak ditentukan berdasarkan kepada qaryah. 'Qaryah' menurut pentafsiran lama bagi negeri Sarawak sesuai dengan keadaan waktu itu ialah Kampung-Kampung orang Islam seperti Kampung Buntal, Muara Tebas dan lain-lain\n\n3. Dengan pembesaran Bandaraya Kuching umpamanya dan pertumbuhan kampung-kampung atau kawasan-kawasan perumahan baru serta terdirinya surau atau masjid, permohonan mendirikan sembahyang Jumaat berdasarkan kepada konsep yang lama bertambah banyak. Sedangkan keadaan sedemikian tidaklah selaras dengan kehendak syarak dalam mendirikan Jumaat\n\n4. Bagi mengatasi masalah ini mestilah ada satu dasar yang jelas berhubung dengan Qaryah selaras dengan keadaan perkembangan dan pertumbuhan masyarakat serta selari dengan hukum supaya kebenaran mendirikan Jumaat boleh diberi selaras dengan 'semangat' Jumaat dan selari dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam dan sejajar dengan pandangan ulama-ulama yang muktabar\n\n5. Adalah dicadangkan supaya Majlis Islam Sarawak menentukan kawasan-kawasan Jumaat mengikut pembahagian Qaryah tertentu dengan menggunakan persempadanan melalui sungai/jalanraya serta mengambil kira kepadatan penduduk dalam suatu kawasan.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":25,"MLFNS KALI":"","TARIKH":" 6 September 2004M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Kedudukan Ajaran Azhar Bin Wahab \n(Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd)\n","TAHUN":"2004.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 8 pada 6 September 2004M telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-\n\ni. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, dan;\n\nii. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":26,"MLFNS KALI":"8.0","TARIKH":"6 September 2004M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Peraduan SMS Dan Menyertainya\nMenurut Pandangan Islam\n","TAHUN":"2004.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 8 pada 6 September 2004 telah memutuskan bahawa:\n“Peraduan Kuiz Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Dan Seumpamanya Yang Mengandungi Unsur-Unsur Eksploitasi Kesamaran (Tidak Jelas), Pertaruhan Dan Nasib Adalah Tergolong Dalam Pengertian Judi. Dari itu ia adalah Haram Di Sisi Syarak”\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":27,"MLFNS KALI":"9.0","TARIKH":"29 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Kedudukan Ajaran Qadiani","TAHUN":"2005.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 9 pada 29 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M mesyuarat telah bersetuju menerima keputusan yang telah diambil oleh Majlis Raja-Raja dalam persidangan-persidangan yang ke-101 pada 18 Jun 1975 serta pendapat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan memutuskan bahawa ajaran ini 'terkeluar dari Islam dan pengikut-pengikutnya tidak boleh menikmati hak-hak sebagai orang Islam termasuk pengkebumian dalam Tanah Perkuburan Islam.'","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":28,"MLFNS KALI":"9.0","TARIKH":"30 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Ajaran-Ajaran Sesat","TAHUN":"2005.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 9, yang bersidang pada 29 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M telah membincangkan mengenai Ajaran-Ajaran Sesat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \nMesyuarat mengambil maklum bahawa punca berlakunya penyelewengan akidah ialah melalui penyebaran buku-buku berunsur ajaran sesat, penonjolan diri melalui kemahiran perubatan dan agama semata-mata dan sebagainya.Sehubungan itu, bagi membendung masalah tersebut, pihak JAKIM telah mengadakan berbagai program seperti ceramah-ceramah, pendidikan Islam formal secara berterusan di institusi Pendidikan serta mentahqiq kitab lama di samping memberikan penerangan melalui media elektronik\n\nMesyuarat juga dimaklumkan bahawa Undang-Undang berkaitan kawalan pengembangan agama tidak wujud di Sarawak. Sebagai alternatif, Kanun Keseksaan Persekutuan boleh digunakan. Oleh itu, setiap kegiatan ajaran sesat perlulah dilaporkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":29,"MLFNS KALI":"10.0","TARIKH":"25 Syaaban 1427H 18 September 2006M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Hukum Pelantikan \nHakim Syarie Wanita\n","TAHUN":"2006/10","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H 18 September 2006M telah membincangkan mengenai Hukum Pelantikan Hakim Syarie Wanita. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nMesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa 'Wanita harus dilantik menjadi Hakim Syarie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas. Pemilihan dan perlantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur'.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":30,"MLFNS KALI":"10.0","TARIKH":"26 Syaaban 1427H 18 September 2006M","KATEGORI":"Perubatan\n","TAJUK":"Suntikan Kosmetik Botox","TAHUN":"2006/10","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai Hukum Suntikan Kosmetik Botox.Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nMesyuarat mengambil perhatian mengenai maklumat terkini kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A\nBerdasarkan maklumat tersebut dan fatwa-fatwa daripada Negara Timur Tengah yang telah dikemukakan. Mesyuarat berpandangan bahawa isu suntikan Botulinum Toxin Type A ini telah jelas mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam\nMesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A adalah haram dan sighah fatwa adalah seperti berikut :\n1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir\n2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox ini juga didapati boleh memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan\n3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Mesyaurat memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan\n4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan daruruat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":31,"MLFNS KALI":"10.0","TARIKH":"27 Syaaban 1427H 18 September 2006M","KATEGORI":"Akidah \n","TAJUK":"Pemikiran Liberal \nDan Implikasinya \nKepada Islam Di Malaysia\n","TAHUN":"2006/10","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai Hukum Pemikiran Liberal Dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia (Sarawak). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nGerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut : \nAspek Akidah\na. Berpegang kepada Konsep Pluralisme\nKonsep Pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respons yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung\nb. Akal Manusia Adalah Wahyu\nAliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.\nc. Meragui Ketulinan Al-Quran\nAliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab.\nMereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.\nAspek Syariah\na. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadith\nAliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau metodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan \"membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran\", aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nContohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.\nb. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadah\nAliran pemikiran ini juga berpegang 'membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.\nc. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian\nAliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra' dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.\nd. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam\nIlmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta'dil dan sebagainya yang telah secara Ijmak diterima sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qatíe dan hukum yang tidak qatíe menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.\ne. Sikap Terhadap Hukum\nAliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.\nBerdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 74 pada 25 Julai 2006 bahawa:\n\"Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.\"\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":32,"MLFNS KALI":"10.0","TARIKH":"28 Syaaban 1427H 18 September 2006M","KATEGORI":"Ibadah\n","TAJUK":"Berbilang-Bilang Jumaat","TAHUN":"2006/10","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai Berbilang-Bilang Jumaat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n1. Jumaat tidak boleh berbilangan di suatu Qaryah melainkan kerana hajat.\n2. Hajat hendaklah ditentu dan dengan izin pihak yang berwajib / pemerintah.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":33,"MLFNS KALI":"11.0","TARIKH":" 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M","KATEGORI":" Akidah","TAJUK":"Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd.\n (Bekas Pengikut Kumpulan Darul Arqam)\n","TAHUN":"2006/11","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesebelas, yang bersidang pada 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M telah membincangkan mengenaiLaporan Kegiatan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (Bekas Pengikut Kumpulan Darul Arqam) (Sarawak) dan mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 75 pada 12 September 2006 Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n \n1. \"mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\n2. mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\n3. mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam sama ada melalui Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\n4. mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan (i), (ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n5. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau\n6. apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan\".\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Diwartakan"},{"_id":34,"MLFNS KALI":"11.0","TARIKH":" 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M","KATEGORI":" Akidah","TAJUK":"Kumpulan Jemaah Tabligh","TAHUN":"2006/11","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesebelas, yang bersidang pada 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M telah membincangkan mengenaiLaporan Kajian Mengenai Kumpulan Jemaah Tabligh. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\"Kegiatan Jemaah Tabligh adalah tidak haram dan tidak perlu dibendung. Pihak Berkuasa Agama Negeri adalah disyor untuk membekalkan garis panduan kepada pihak berkenaan ( Jemaah Tabligh)\"\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":35,"MLFNS KALI":"12.0","TARIKH":"4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Hukum Sistem Jualan Langsung \n(MLM)\n","TAHUN":"2007.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenaiHukum Sistem Jualan Langsung(MLM). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.”\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":36,"MLFNS KALI":"12.0","TARIKH":"4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja \n(KWSP) \nSejurus Pengeluaran \n– Satu Alternatif\n","TAHUN":"2007.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenaiZakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n“Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat yang diwajibkan sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.”\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":37,"MLFNS KALI":"12.0","TARIKH":"4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M","KATEGORI":"Haiawan","TAJUK":"Hukum Sarang Burung","TAHUN":"2007.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenaiHukum Sarang Burung telah membuat keputusan seperti berikut:\nHukum sarang burung adalah halal dan harus dimakan selagi ianya tidak bercampur dengan benda-benda najis. Dan hukum jual / beli dengannya adalah harus dan sah.”\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":38,"MLFNS KALI":"13.0","TARIKH":"8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Pembangunan Tanah Wakaf \nDi Bawah Rancangan Malaysia\n Ke-Sembilan (RMK-9)\n","TAHUN":"2008/13","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tiga Belas, yang bersidang pada 8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Berkaitan Pembangunan TanahWakaf Di Bawah Rancangan MalaysiaKe-Sembilan (RMK-9). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nMesyuarat mengambil maklum dan menerima hukum berkaitan wakaf ini secara prinsip dari hukum syarak, namun pelaksanaannya hendaklah mengikut dan bersesuaian dengan Undang-undang Tubuh Negeri.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":39,"MLFNS KALI":"13.0","TARIKH":"8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Manual Agihan Zakat","TAHUN":"2008/13","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tiga Belas, yang bersidang pada 8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M telah membincangkan mengenaiManual Agihan Zakat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n• Perincian tentang aktiviti mengikut asnaf perlu diubah iaitu Asnaf Fakir dan Miskin hendaklah diberi keutamaan kepada bantuan sara hidup kepada kedua-dua asnaf.\n• Peruntukan Pengurusan Jenazah akan dibiayai oleh Dana Baitulmal manakala Peruntukan Hal Ehwal Masjid diletakkan di bawah Asnaf Fi Sabilillah.\n• Memasukkan kriteria-kriteria asnaf seperti dalam Manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf Zakat dan Haji.\n• Diperincikan maksud Pengurusan Institusi Zakat yang menerima di bawah asnaf Amil.\n• Diwujudkan panduan pemindahan peruntukan asnaf-asnaf yang jelas dan telus serta ditubuhkan Panel Penilai yang juga sebahagian dari ahlinya terdiri daripada ahli-ahli berkelayakan yang bukan dari Tabung Baitulmal Sarawak.\n• Dalam Garis Panduan Agihan Zakat, mukasurat 10, hendaklah dijelaskan juga berhubung penggunaan Dana Fidyah.\n• Had Al Kifayah dalam Garis Panduan ini hendaklah digabungjalinkan dengan Had Al Kifayah yang ada dalam manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf Zakat dan Haji.\n• Dana zakat yang berlebihan diletakkan di bawah dana Baitulmal dengan mewujudkan satu Kod Khas untuk mengenalpasti lebihan zakat tersebut bersesuaian dengan agihan asnaf.\n• Sekiranya lebihan dana zakat yang terdapat dalam kod khas tersebut hendak dipindahkan ke dana Am Baitulmal, perkara tersebut perlulah dirujuk kepada Lembaga Fatwa Negeri Sarawak.\n\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":40,"MLFNS KALI":"14.0","TARIKH":"9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Amalan Membawa Bunga \nKetika Menziarahi Kubur\n","TAHUN":"2008/14","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n• Amalan membawa bunga secara sederhana dengan niat mewangikan kawasan kuburan adalah diharuskan; dan\n• Amalan membawa kalungan atau jambangan bunga semasa menziarahi kubur adalah dilarang kerana :\n1. Mempunyai unsur persamaan dengan amalan dan ajaran agama lain.\n2. Pembaziran yang nyata\nWalau bagaimanapun, mesyuarat sebulat suara memohon agar satu garis panduan yang merangkumi peraturan dan panduan mengenai hal ehwal perkuburan disediakan untuk edaran ke seluruh Negeri Sarawak.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":41,"MLFNS KALI":"14.0","TARIKH":"9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Amalan Menyambut Perayaan \nValentine's Day\n","TAHUN":"2008/14","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day (Sarawak). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \nMesyuarat mengambil keputusan bahawa \"Amalan Menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.\"\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":42,"MLFNS KALI":"14.0","TARIKH":"9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Menternak Dan Menjual Lintah \nDan Cacing Untuk Tujuan \nPerubatan Dan Kosmetik \n","TAHUN":"2008/14","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \nSetelah mendengar pembentangan tersebut, mesyuarat mengambil keputusan agar kertas ini dimurnikan semula untuk dibentang dalam Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang akan datang bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat kerana hal ini bukan sahaja menyentuh berhubung hukum menternak dan menjual cacing dan lintah untuk tujuan perubatan dan kosmetik tetapi juga mencakupi hal-hal lain yang berkaitan dengannya.\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":43,"MLFNS KALI":"14.0","TARIKH":"9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Solat Jumaat Di Kawasan Kampus \nInstitusi Pengajian Tinggi \nDan Sekolah- Sekolah Menengah \nYang Jauh Dari Masjid \nYang Mendirikan Solat Jumaat\n","TAHUN":"2008/14","SIGHAH KEPUTUSAN":" Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Solat Jumaat Di Kawasan Kampus Institusi Pengajian Tinggi Dan Sekolah- Sekolah Menengah Yang Jauh Dari Masjid Yang Mendirikan Solat Jumaat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \nMesyuarat mengambil keputusan bahawa, \"sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi boleh mendirikan solat Jumaat di kawasan masing-masing tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa pada masa ini dan setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta kelulusan Majlis Islam Sarawak\".\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":44,"MLFNS KALI":"15.0","TARIKH":"29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Kajian Semula \nHukum Penjualan\n Air Zam-Zam\n","TAHUN":"2008/15","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiKajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n\"Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam.\"\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":45,"MLFNS KALI":"15.0","TARIKH":"29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M","KATEGORI":"Lain-lain","TAJUK":"Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran \nDan Laungan Azan \nDalam Nada Dering \nDan Paparan Skrin \nDi Dalam Telefon Bimbit\n","TAHUN":"2008/15","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n\"Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.\"\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":46,"MLFNS KALI":"15.0","TARIKH":"29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Hukum Wanita Menyerupai Lelaki \n(Pengkid)\n","TAHUN":"2008/15","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\"Mesyuarat memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam juga digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.\"\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":47,"MLFNS KALI":"15.0","TARIKH":"29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Kedudukan Senaman Yoga \nDi Kalangan Umat Islam\n","TAHUN":"2008/15","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiKedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam (Sarawak). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n\"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, maka senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya senaman yang dibuat tidak sama seperti posisi di dalam yoga atau menambah posisi yang lain, tidak disertai dengan niat, tidak mengikut waktu ibadah agama Hindu dan tiada mantera, maka hukumnya adalah harus.\"\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":48,"MLFNS KALI":"16.0","TARIKH":"16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang\n (Surrogate Motherhood) \nUntuk Mendapatkan Zuriat\n","TAHUN":"2009.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-16 yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n\"Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.\"\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":49,"MLFNS KALI":"16.0","TARIKH":"16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Bersumpah Menurut Islam","TAHUN":"2009.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada / 4 November 2009M telah membincangkan mengenaiHukum Bersumpah Menurut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagai keterangan hukum seperti berikut:\n \nHukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;\n \n• Haram : apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.\n\n• Wajib : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.\n\n• Sunat : sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.\n\n• Harus : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":50,"MLFNS KALI":"16.0","TARIKH":"16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Meminta Orang Bukan Islam\n Sama-Sama Berdoa \nMengikut Anutan Masing-Masing \nDalam Satu Majlis \nYang Dihadiri Oleh \nPenganut Pelbagai Agama\n","TAHUN":"2009.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenaiHukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n1. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t. sahaja.\n2. Orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":51,"MLFNS KALI":"16.0","TARIKH":"16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M","KATEGORI":"Lain-lain","TAJUK":"Penggalian Dan Pemindahan Kubur \nDi Tanah Perkuburan Islam \nJalan Keretapi \nDi Lot 192, Blok 208, \nJalan Tun Ahmad Zaidi\n","TAHUN":"2009.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenaiPenggalian Dan Pemindahan Kubur Di Tanah Perkuburan Islam Jalan Keretapi Di Lot 192, Blok 208, Jalan Tun Ahmad Zaidi. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n\"Harus hukumnya digunakan tanah perkuburan Islam Jalan Keretapi untuk pembangunan atau lain-lain kegunaan kerana tanah perkuburan tersebut terletak di tengah Bandaraya Kuching dan tidak sesuai untuk tujuan perkuburan. Mana-mana kubur yang hendak digali dan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Semariang hendaklah digali dan dipindahkan secara terhormat dan tidak ada pampasan yang perlu dikeluarkan kepada ahli waris\".\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":52,"MLFNS KALI":"17.0","TARIKH":"1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Penglibatan Orang Islam \nDalam Aktiviti Candlelight Vigil \nPada Sesuatu Perhimpunan \nAtau Acara\n","TAHUN":"2010.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.\n2. Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.\n3. Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":53,"MLFNS KALI":"17.0","TARIKH":"1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Status Agama \nAnak Bawah Umur \nSelepas Salah Seorang Pasangan \nMemeluk Islam\n","TAHUN":"2010/17","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-17 yang bersidang pada 11 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiStatus Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n1. Di dalam Islam Jumhur Ulama’ telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.\n2. Oleh yang demikian, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":54,"MLFNS KALI":"17.0","TARIKH":"1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Hukum Menunaikan Haji\n Bagi Pesakit Yang Menjalani\nRawatan Hemodialisis\n","TAHUN":"2010/17","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Mesyuarat bersetuju menerima sighah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 bertarikh 15 Disember 2008 seperti berikut:\n\n1. Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;\n2. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan\n3. Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":55,"MLFNS KALI":"17.0","TARIKH":"1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Pewarisan Bagi \nKes Kematian Serentak\n","TAHUN":"2010/17","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \ni. Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-Warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-Muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.\n \nii. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":56,"MLFNS KALI":"17.0","TARIKH":"1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Pengeluaran Dan Penerimaan \nZakat Bagi Yang Telah \nDiisytiharkan Muflis\n","TAHUN":"2010/17","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Pengeluaran Dan Penerimaan Zakat Bagi Yang Telah Diisytiharkan Muflis. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \ni. Apabila seseorang telah diisytiharkan sebagai muflis disebabkan hutang yang ditanggung melebihi harta yang dimiliki, maka tiada zakat yang dikenakan kerana harta yang ada telah disekat untuk melunaskan hutang semasa.\n \nii. Seseorang yang diisytiharkan muflis sekiranya mempunyai harta selain harta yang disekat sama ada harta tersembunyi atau seumpamanya, maka harta tersebut wajib dizakatkan sekiranya cukup nisab dan genap tempohnya setahun.\n \niii. Sekiranya individu yang telah diisytiharkan muflis tidak mempunyai sumber pendapatan lain pada ketika itu, maka dia layak untuk menerima zakat di bawah asnaf al-gharimin dengan syarat-syarat seperti berikut;-\n \n1. Hendaklah orang yang berhutang itu mempunyai keperluan untuk memiliki harta yang dapat melunaskan hutang-hutangnya. Dan apabila dia menjadi kaya dan mampu untuk melunaskan semua hutangnya dengan harta yang dimiliki, maka dia tidak layak untuk menerima zakat.\n2. Hendaklah hutang yang ditanggung itu dalam urusan ketaatan atau perkara yang diharuskan. Sekiranya dia berhutang untuk tujuan yang maksiat, maka tiada bahagian zakat untuknya kerana ianya sama seperti menolongnya berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.\n3. Hutang yang ditanggung hendaklah hutang semasa yang memerlukan pelunasan pada waktu itu. Sekiranya hutang tersebut bertempoh maka pendapat yang sahih seperti yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi adalah tidak diberikan zakat.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":57,"MLFNS KALI":"18.0","TARIKH":" 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Pemakaian Inai Bercorak \nMengikut Syarak\n","TAHUN":"2010/18","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Pemakaian Inai Bercorak Menurut Syarak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n1. Setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat berpandangan bahawa di dalam Islam, para fuqaha' sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.\n2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian ini di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.\n3. Mesyuarat juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":58,"MLFNS KALI":"18.0","TARIKH":" 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Pelancong Bukan Islam \nMemasuki Masjid \nDan Ruang Solat Utama \nDi Dalam Masjid\n","TAHUN":"2010/18","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n \n“Orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.”\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":59,"MLFNS KALI":"18.0","TARIKH":" 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Istiadat Meletakkan \nKalungan Bunga \nDi Tugu Peringatan Negara\n","TAHUN":"2010/18","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara seperti berikut:\n\n\"Istiadat meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan adalah bercanggah dengan Islam\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":60,"MLFNS KALI":"18.0","TARIKH":" 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Hukum Wanita Haid \nMemasuki Masjid \nUntuk Tujuan\n Pembelajaran Semata-Mata\n","TAHUN":"2010/18","SIGHAH KEPUTUSAN":"\nMesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 18 pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010Msebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia seperti berikut :\n“Perempuan yang dalam keadaan haid haram berada / duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.”\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":61,"MLFNS KALI":"18.0","TARIKH":" 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Kedudukan Ganjaran Terbitan \nDan Pencen Terbitan Dari Segi Pusaka \nDan Pemotongan \nHutang-Hutang Kerajaan \nDaripada Ganjaran\nDan Pencen Terbitan Tersebut\n","TAHUN":"2010/18","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 18 pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M sebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 seperti berikut :\n\n“Ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.”","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":62,"MLFNS KALI":"18.0","TARIKH":" 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Pengguguran Kandungan \nAtas Nasihat Doktor \nDisebabkan Kecacatan\n","TAHUN":"2010/18","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 18 pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010Msebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 seperti berikut :\n\n“Adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.”\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":63,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Hukum Pengambilan\n Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)\n\n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\ni.         Setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat  berpandangan bahawa di dalam Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumnya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.\nii.        Sehubungan itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (serviks) di kalangan wanita.\niii.       Mesyuarat juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":64,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"Haiwan","TAJUK":"Penyembelihan Ayam \nDengan Menggunakan\nPelalian “Water Stunner”\n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara bersetuju menerima hukum seperti yang diputuskan iaitu:\ni.         \"Penggunaan “Water Stunner” dalam proses penyembelihan ayam adalah harus dan mengambil kira bahawa hayat mustaqirrah itu masih ada serta pelaksanaannya sentiasa dipantau\".\nii.        Mesyuarat juga membuat keputusan supaya syarikat-syarikat yang besar menyediakan pegawai syariah bagi memantau proses penyembelihan di premis masing-masing. Manakala bagi syarikat kecil, pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan oleh Unit Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak.\niii.       Mesyuarat mencadangkan agar diadakan tayangan video atau membuat lawatan di tempat penyembelihan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang cara pengendalian “Water Stunner” ini.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":65,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"Haiwan","TAJUK":"Penggunaan “Electrical Stunning” \nDalam Proses \nPenyembelihan Lembu\n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara memutuskan bahawa sighah keputusan adalah seperti berikut:\n\n\"Hukum Penggunaan \"Electrical Stunning\" Dalam Penyembelihan Lembu adalah harus\".\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":66,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Pembayaran Simpanan\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp) \nBagi Ahli Yang Memeluk Agama Islam\n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah seperti berikut:\n\ni.         Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;\nii.        Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan\niii.       Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.\niv.       Mesyuarat mencadangkan kepada Majlis Islam Sarawak agar kajian perundangan mengenai kedudukan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai penerima atau pentadbir harta orang Islam yang tidak mempunyai waris.\nv.        Mesyuarat juga mencadangkan supaya Majlis Islam Sarawak mengkaji pendaftaran wasiat yang dilaksanakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":67,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"Makanan","TAJUK":"Makan Daging/Isi Belangkas \nDan Telurnya\n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :\ni.         Mesyuarat berpandangan bahawa tiada nas qat’ie yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar haiwan Hidupan Air menyatakan bahwa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dan hanya naik ke pantai untuk bertelur.Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.\nii.        Sehubungan itu selaras dengan pandangan Jumhur ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa: \"hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan\".","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":68,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Pewarisan Harta Orang Islam \nKepada Orang Bukan Islam\n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :\ni.     Ulama’ sepakat bahawa orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam dan orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dengan bersandarkan hadis لا برث المسلم الكافر ولا الكافر.\nii.     mesyuarat menjelaskan bahawa ada alternatif dalam pemberian harta kepada orang bukan Islam melalui hibah dan wasiat.\ni.         Mesyuarat mencadangkan agar panduan mengenai hibah dan wasiat ini perlu disediakan untuk dibekalkan kepada pegawai yang menjalankan tugas-tugas berkaitan saudara kita dan para dai'e.\nii.        Mesyuarat juga mencadangkan agar diwujudkan satu badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan wasiat yang tidak membebankan masyarakat dan dimaklumkan bahawa badan yang sedia ada seperti Amanah Raya menjadikan perkhidmatan ini sebagai perniagaan dan membebankan masyarakat.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":69,"MLFNS KALI":"19.0","TARIKH":"20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Haiwan Yang Disumbangkan \nOleh Orang Bukan Islam \nDan Hal Yang Berkaitan Dengannya \nPada Hari Raya \n","TAHUN":"2011.0","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :\ni.       Hukum menerima haiwan yang disumbangkan oleh orang bukan Islam adalah harus atas dasar keharusan bermuamalat dengan orang bukan Islam.\nii.      Jika haiwan tersebut dinyatakan oleh pemberi (yang bukan Islam) untuk dijadikan korban maka hukum korbannya tidak sah, sebaliknya ia hanya dianggap sumbangan kepada pihak penerima kerana korban tidak dituntut ke atas orang bukan Islam. Bagi mereka yang menerima haiwan tersebut bolehlah menjadikan ia korban dan hukum korbannya sah kerana haiwan tersebut telah menjadi milik penerima.\niii    Bagi masjid/ surau atau institusi adalah harus digunakan untuk apa-apa tujuan yang menepati syarak.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":70,"MLFNS KALI":"20.0","TARIKH":"1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M","KATEGORI":"Pakaian","TAJUK":"Hukum Menyertai Pertandingan \nMemperagakan Diri \nDi Khalayak Ramai \nSeperti Ratu Cantik, \nKebaya Dan Seumpamanya\n","TAHUN":"2012/20","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\ni.         Hukum asal pertandingan adalah harus dan tidak menjurus kepada perkara-perkara yang haram.\nii.        Semua pertandingan yang melibatkan pendedahan aurat adalah bertentangan dengan perintah menutup aurat dalam Surah An-Nur ayat 30-31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.\niii.       Termasuk dalam perkara yang diistilahkan sebagai pendedahan aurat ialah; memperlihatkan susuk tubuh, memakai pakaian yang menjolok mata, terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan ditonton oleh khalayak yang bukan mahram (yang haram melihat auratnya).\niv.       Pertandingan ratu cantik, ratu kebaya, pertandingan fesyen dan seumpamanya yang mempunyai unsur-unsur memperagakan tubuh badan dan menampakkan perhiasan adalah tidak memenuhi tuntutan menutup aurat dalam Islam.\nv.        Pertandingan yang melibatkan perhiasan yang menyalahi fitrah seperti mencukur kening, pemakaian rambut palsu, bertatu dan mengasah gigi juga adalah bertentangan dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 119.\nvi.       Pertandingan seumpama ini boleh mendatangkan pelbagai kemudharatan seperti eksploitasi peserta, kerosakan aqidah dan akhlak, penularan aktiviti pergaulan bebas, membuka ruang kepada berlakunya zina dan sumbang mahram. Maka pertandingan seumpama ini perlu disekat sesuai dengan kaedah Fiqh Saddu Zarai’ (سد الذرائع) iaitu menutup jalan-jalan yang membawa kemungkaran demi menyelamatkan kesucian agama dan maruah umat Islam sepertimana yang dituntut di dalam maqasid al-syariah.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":71,"MLFNS KALI":"20.0","TARIKH":"1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M","KATEGORI":"Haiwan","TAJUK":"Makan Temilok Dan \nYang Berkaitan Dengannya\n","TAHUN":"2012/20","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-20 telah bersidang pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima sighah penjelasan hukum seperti berikut:-\nMenurut pendapat Jumhur (Ulama Mazhab Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali) bahawa haiwan yang tinggal di dalam air semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Fathir ayat 12 dan Surah Al-Maidah ayat 96.\n \n1. Berdasarkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi juga menjelaskan bahawa Allah SWT tidak membezakan antara haiwan hidupan laut yang dinamakan oleh manusia sebagai ikan semata-mata tetapi termasuk juga babi laut yang tidak membawa maksud kepada babi yang ada.\n2. Ini menunjukkan bahawa dalil-dalil di atas menyokong semua jenis hidupan laut sama ada ditangkap atau diambil semasa hidup mahu pun mati adalah halal dimakan dan sama ada mati terapung atau pun mati sebaliknya.\n3. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan termasuklah Temilok.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":72,"MLFNS KALI":"20.0","TARIKH":"1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M","KATEGORI":"Haiwan","TAJUK":"Makan Ulat Mulong Dan \nYang Berkaitan Dengannya\n","TAHUN":"2012/20","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 20 pada1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\n\na.        Islam menganjurkan umatnya memakan makanan yang halal dan baik berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A’raf ayat 157.\nb.        Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah dari haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.\nc.        Fuqaha tidak mengharuskan berjual beli barang yang tidak suci dan tiada manfaat yang dapat diperolehi dari barang yang dijual dan sebaliknya.\nd.        Islam menggalakkan umatnya agar berikhtiar menyembuhkan setiap penyakit yang dihidapi tanpa membiarkannya melarat. Bahkan Islam mengharuskan umatnya untuk membuat pilihan dengan mana-mana kaedah rawatan yang bersesuaian sama ada secara moden ataupun alternatif selagimana rawatan tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam seperti larangan berubat dengan bahan-bahan yang haram dan mengandungi najis.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":73,"MLFNS KALI":"20.0","TARIKH":"1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M","KATEGORI":"Haiwan","TAJUK":"Memelihara Dan Berjual Beli \nDengan Cicak Gekko Gecko (Tokay) \nBagi Tujuan Perubatan Dan Makanan\n","TAHUN":"2012/20","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\n\ni. Fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.\nii. Hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":74,"MLFNS KALI":"20.0","TARIKH":"1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M","KATEGORI":"Munakahat","TAJUK":"Hukum Upacara\nAkad Nikah Di Masjid\n","TAHUN":"2012/20","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-20 telah bersidang pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima sighah penjelasan hukum seperti berikut:-\n1. Jumhur ulama’ sepakat bahawa upacara akad nikah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid.\n \n2. Para ulama’ mazhab dan sebahagian ulama’ semasa telah memberikan garis panduan bahawa akad nikah tersebut mestilah tidak boleh bercampur dengan aktiviti yang bercanggah dengan agama. Keharusan hukum asal tersebut boleh bertukar menjadi haram jika bercampur di dalam majlis akad nikah tersebut dengan perkara-perkara haram.\n \n3. Dalil khusus yang telah melarang upacara akad nikah dilangsungkan di masjid kerana mempunyai elemen tasyabbuh dengan agama bukan Islam adalah tidak disentuh oleh para ulama’ mazhab dan ulama’ semasa.\n \nAdab-adab ketika di masjid:\n1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna.\n2. Disunatkan iktikaf di masjid.\n3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di masjid.\n4. Disunatkan dengan solat Tahiyatul Masjid.\n5. Tidak bercampur dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.\n6. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam dewan solat masjid.\n7. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.\n8. Hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.\nDilarang bergambar bergaya secara melampau di dalam masjid.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":75,"MLFNS KALI":"20.0","TARIKH":"1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M","KATEGORI":"","TAJUK":"","TAHUN":"2012/20","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :\ni.         Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.\nii.      Penggunaan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.\niii.     Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut:\ni.  bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan dan yang mengenyangkan;                   \n ii. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan\numur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.               \niii. Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.   \niv.Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.                \n v.  Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Syafi'e dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak.    \n vi. Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":76,"MLFNS KALI":"","TARIKH":"","KATEGORI":"","TAJUK":"","TAHUN":"","SIGHAH KEPUTUSAN":"Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu:\ni. Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan bayi tersebut disusukan oleh seorang perempuan yang lain sekiranya ibu kandung tidak mampu menyusukan sendiri bayinya.\nPenegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafi'e dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.\nii.Bagi wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mempunyai anak angkat, mereka boleh menyusukan sendiri anak angkat tersebut dengan menjalani kaedah rawatan terapi hormon penggalak susu badan. \niii.Hubungan anak susuan dengan ibu susuan yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah sama seperti hubungan dengan sebab keturunan (nasab). Walau bagaimanapun hukum-hukum yang berkaitan nasab yang lain seperti pembahagian harta pusaka dan wali nikah tidak termasuk dalam hubungan susuan.\niv. Jumhur fuqaha tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mestilah hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak angkat mereka. Malahan, wanita yang belum berkahwin atau berkahwin tetapi tidak pernah melahirkan anak, sekiranya dia menyusui seseorang bayi, maka sah hukum susuan ke atasnya.\nv. Syarat-syarat bagi anak susuan (bayi yang menyusu) sebelum mereka sah (thabit) menjadi anak susuan ialah bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan, susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi dan umur bayi tersebut hendaklah tidak melebihi dua tahun qamariah.\nvi.  Jumhur fuqaha menyatakan bahawa terdapat dua kaedah yang menjadikan mahram iaitu dengan sebab susuan, iaitu samaada menyusu secara langsung (direct) daripada payudara atau secara tidak langsung (indirect) seperti penggunaan tiub, botol susu dan sebagainya.\nvii. Bagi penggunaan alat-alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, maka bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syaratnya. Ini kerana susu tersebut menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang. Namun begitu, tidak sah sebagai anak susuan dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan.\nviii. Tidak ada larangan bagi seorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga sebaliknya, seorang bayi beragama Islam boleh menyusu dengan wanita yang bukan Islam. Namun begitu, penyusuan tersebut tidak mengubah agama bayi yang disusui dan mereka tetap kekal dalam agama asalnya.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":77,"MLFNS KALI":"21.0","TARIKH":"9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Pelaburan Wang Zakat","TAHUN":"2012/21","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\nPelaburan harta zakat adalah diharuskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:-\ni.         Masih ada lebihan setelah agihan zakat dibuat dengan sempurna kepada semua asnaf yang berhak memilikinya;\nii.        Pelaburan wang zakat hendaklah menepati prinsip syarak;\niii.       Keputusan untuk melaburkan wang zakat hendaklah dilakukan oleh pihak yang diizinkan oleh pemerintah untuk memungut dan mengagihkan zakat dengan mendapat persetujuan Majlis Islam Sarawak setelah dirujuk kepada Mufti;\niv.       Pelaburan tersebut hendaklah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama serta bersifat amanah;\nv.        Penyelidikan terperinci hendaklah dijalankan sebelum wang zakat dilaburkan dalam sesuatu projek;\nvi.       Pulangan yang didapati daripada pelaburan wang zakat hendaklah dikembalikan kepada akaun zakat;\nvii.     Tidak berlaku keadaan mendesak yang memerlukan wang zakat diagihkan dengan segera kepada golongan asnaf;\nviii.    Modal pelaburan wang zakat mudah dicairkan jika diperlukan untuk diagihkan kepada golongan asnaf;\nix.       Pelaburan wang zakat itu selamat dan memberi pulangan atau keuntungan yang hakiki; dan\nx.        Sebarang kerugian yang berlaku akibat pelaburan tersebut hendaklah dibayar balik kesemua jumlah harta zakat yang dilaburkan itu kepada akaun zakat demi menjamin hak asnaf oleh Majlis Islam Sarawak.\n\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":78,"MLFNS KALI":"21.0","TARIKH":"9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Penggantungan Kaligrafi Islam\nDi Premis Bukan Islam\n","TAHUN":"2012/21","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\ni.         Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\nii.        Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":79,"MLFNS KALI":"21.0","TARIKH":"9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Hukum Dan Kaedah \nMelaksanakan Ibadah \nBagi Pesakit \nYang Menggunakan \nBeg Kolostomi\n","TAHUN":"2012/21","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\nHukum pelaksanaan ibadah bagi pesakit yang menggunakan beg kolostomi telah memutuskan bahawa:\ni.            Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.\n        ii.            Wudhu' yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu' tersebut batal.\n       iii.            Pesakit yang berwudhu’ untuk menunaikan solat hendaklah melaksanakannya dengan kaedah berikut:-\na.       Berwudhu’ dengan niat untuk mengharuskan menunaikan ibadat solat;\nb.       Berwudhu’ setelah masuk waktu solat;\nc.        Menyegerakan ibadat solat sebaik sahaja berwudhu’;\nd.       Memperbaharui wudhu’ setiap kali hendak menunaikan solat fardhu.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":80,"MLFNS KALI":"21.0","TARIKH":"9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Penggunaan ubat clexane \ndan praxiparine\n","TAHUN":"2012/21","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\nIslam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui. \nOleh itu, berhubung dengan penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik. Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam. Memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":81,"MLFNS KALI":"21.0","TARIKH":"9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Penggunaan penandaan berdakwat \nbagi pesakit kanser\n","TAHUN":"2012/21","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nPenggunaan tanda dakwat untuk rawatan pesakit kanser dengan menggunakan dakwat Holbein Drawing Ink yang telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis adalah diharuskan dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan di bawah permukaan kulit.\nKeterangan dan hujah:\ni.         Penandaan berdakwat bagi pesakit kanser adalah salah satu daripada kaedah perubatan yang memberikan kemudahan kepada pesakit kanser yang perlu mendapat rawatan di semua hospital di seluruh negeri di Malaysia.\nii.        Kajian oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas dakwat yang digunakan iaitu Holbein Drawing Inkbagi memastikan tiada najis atau sebarang kandungan alkohol mendapati bahawa:\na.    Lemak atau minyak haiwan tidak dikesan dengan menggunakan “Teknik FAME menggunakan Kromatografi Gas (GC)”;\na.       Mengandungi terbitan atau sebatian ethanol (alkohol).\niii.       Dengan penggunaan kaedah penandaan berdakwat ini, pesakit tidak perlu menjalani proses penandaan secara berulang kali, memandangkan kesan dakwat tersebut akan berkekalan selama 4 – 5 bulan dan ia tidak menyebabkan dakwat tersebut terperangkap pada sel-sel yang dipanggil fibroblast (sel parut) yang berada di lapisan dermis kulit.\niv.       Islam meletakkan kaedah \"الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرَ\" (kesukaran itu diatasi dengan mengambil sesuatu yang mudah atau senang). Kaedah ini meletakkan bahawa bebanan dengan perkara yang susah, dapat dimudahkan bagi keringanan sesuatu urusan. \nv.        Dalam isu penyakit, maka rukhsah (keringanan) adalah lebih diutamakan kepada pesakit sehingga diharuskan untuk bertayamum kerana ditakuti akan menyebabkan penyakit merebak dan lambat sembuh sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:-\n“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”.\nvi.       Penggunaan tandaan berdakwat untuk pesakit kanser ini adalah berbeza daripada tatu yang diharamkan oleh Islam kerana tatu dicacah ke dalam lapisan kulit dan ia kekal selama-lamanya, manakala tandaan berdakwat ini hanya dicucuk dengan menggunakan jarum kurang dari 1mm. \nvii.     Istilah tatu yang digunakan bagi penggunaan tandaan berdakwat membawa anggapan bahawa ia adalah tatu yang diharamkan dan pengamal perubatan perlu menjelaskannya kepada para pesakit kerana walaupun istilah tersebut digunakan di peringkat antarabangsa, masih timbul keraguan di kalangan masyarakat. \nviii.    Memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan melalui suntikan jarum kurang dari 1mm di bawah permukaan kulit, maka tidak timbul isu tandaan tersebut menghalang air sampai ke anggota wudhu' atau menimbulkan mudharat sehingga pesakit perlu bertayammum.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":82,"MLFNS KALI":"Khas","TARIKH":" 7 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M","KATEGORI":"\nMuamalat/\nEkonomi\n","TAJUK":"Pembangunan Semula \nDi Tapak Masjid Atau Surau\n","TAHUN":"2012/khas","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 7 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M sebulat suara menerima hukum seperti yang diputuskan dalam Muzakarah tersebut bahawa hukum meroboh masjid dengan tujuanmembangun semula masjid dan pusat komersial atau lain-lain adalah harus dengan mengambil kira syarat-syarat yang berikut:-\na.  KETAQWAAN \nMengutamakan adab dan tingkah laku semasa berada di dalam Masjid dan Surau serta persekitarannya.\nSebagaimana firman Allah S.W.T. :\nMaksudnya:\n“...sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya, di dalamnya ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.                                                                            \n(Surah at-Taubah :108) \nb.  KEBERSIHAN\nMemiliki rasa kesedaran dan tanggungjawab dalam aspek kebersihan diri, pakaian serta persekitaran Masjid dan Surau.\nc.   KECERIAAN\nMenjaga keceriaan Masjid dan Surau yang meliputi kekemasan dan susun atur peralatan.\nd.   KESELAMATAN\nMemastikan harta benda dan ruang Masjid dan Surau digunakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah; dan\nmemastikan diri dan hak milik peribadi dalam keadaan selamat dan terjaga.\ne.   KEPATUHAN\nMemastikan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Masjid dan Surau dari semasa ke semasa dipatuhi.\nAktiviti perniagaan atau lain-lain yang hendak dijalankan di kawasan masjid mestilah menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bercanggah dengan hukum syarak dalam apa sahaja bentuk sebagaimana dalam sebuah hadis:-\nعَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كثيرمِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كالراعي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِن حِمَى اللهِ مُحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كله ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسد الْجَسَدُ كله ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).\nMaksudnya:\n\"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir R.A. katanya: saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati(jantung). '\n(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)\nHasil, pulangan atau manfaat daripada aktiviti perniagaan dan lain-lain untuk tujuan khairat.\nPembangunan semula tapak masjid atau surau hendaklah mengambil kira kedudukan tanah wakaf tersebut sama ada wakaf am atau wakaf khas.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":83,"MLFNS KALI":"Khas","TARIKH":" 8 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Fatwa Ke Arah \nMembendung Pengaruh Syiah \nDi Sarawak\n","TAHUN":"2012/khas","SIGHAH KEPUTUSAN":"Kertas ini telah dibincang dalam Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 yang bersidang pada 23 November 1996. Akhir-akhir ini pengaruh Syiah semakin berleluasa di Malaysia. Rentetan daripada itu, keputusan tersebut dibincangkan lagi di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 3 November 2011 dan mesyuarat sebulat suara bersetuju agar sighah ini dicadangkan untuk diwartakan. Sighah tersebut adalah seperti berikut:-\n1.      Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak.\n2.      Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n3.      Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n4.      Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam' seperti berikut :\n         “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n5.     Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan.\n6.     Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n7.     Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.\n8.     Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan).\n9.     Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n10.   Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n11.   Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":84,"MLFNS KALI":"22.0","TARIKH":" 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M","KATEGORI":"Munakahat","TAJUK":"Pengurusan Wang Tebus Talaq \nDalam Kes Cerai Ta’liq\n","TAHUN":"2013/22","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n1. Wang tebus talak dalam kes cerai ta’liq hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Sarawak dan pemilik wang tersebut boleh menuntut wang tersebut daripada Baitulmal dalam tempoh 7 tahun.\n2. Mana-mana wang yang tidak dituntut dalam tempoh 7 tahun akan menjadi hak Baitulmal Sarawak.\n3. Mekanisma penyerahan wang tersebut hendaklah dibincangkan di antara Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Baitulmal Sarawak.\n \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":85,"MLFNS KALI":"22.0","TARIKH":" 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M","KATEGORI":"Munakahat","TAJUK":"Perceraian Melalui \nSistem Pesanan Ringkas (Sms)\n","TAHUN":"2013/22","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak keli ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\ni.  Talaq dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talaq secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.\nii.  Semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talaq tersebut.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":86,"MLFNS KALI":"22.0","TARIKH":" 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Orang Bukan Islam \nMembaca Atau Menterjemah \nAyat-Ayat Suci Al-Quran\n","TAHUN":"2013/22","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\nBahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut agar tidak menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti itu boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":87,"MLFNS KALI":"22.0","TARIKH":" 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":" Penubuhan Bank Susu","TAHUN":"2013/22","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\ni. Bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.\n ii. Menubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.\n iii. Dan selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:\nعَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم\nMaksudnya:“Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging”.\n iv.  Memandangkan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam maka penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.\n v.  Walaubagaimanapun, bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/ berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":88,"MLFNS KALI":"23.0","TARIKH":"29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Mengagih Zakat \nSecara Persendirian \nDan Qadha’ Zakat\n","TAHUN":"2013/23","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\ni.  Pengagihan zakat kepada asnaf yang layak haruslah dilaksanakan melalui pemerintah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut berdasarkan Kaedah Fiqh :\n\nالتصرف على الرعية منوط بالمصلحة\n“Sesuatu yang dilakukan ke atas rakyatnya adalah bergantung kepada maslahah (kepentingan umum)”   ii.  Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.\n\n  iii.   Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun yang sepatutnya adalah wajib   diqadha’.\n\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":89,"MLFNS KALI":"23.0","TARIKH":"29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M","KATEGORI":"Makanan","TAJUK":"Menghisap Shisha\n","TAHUN":"2013/23","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\ni.   Hukum menghisap shisha adalah haram di sisi syarak kerana ianya jelas menyalahi ‘maqasid syar’iyyah’ iaitu memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta termasuk dalam perkara keji. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh “سد الذريعة” iaitu menutup pintu kerosakan. Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi.\n\n  ii.  Oleh hal yang demikian, penyediaan perkhidmatan menghisap shisha seperti menjual atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah dilarang.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":90,"MLFNS KALI":"23.0","TARIKH":"29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M","KATEGORI":"Akidah","TAJUK":"Garis Panduan \nKhurafat Dan Azimat\n","TAHUN":"2013/23","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima garis panduan tersebut seperti berikut:\nGARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM\n1.   TAKRIF KHURAFAT\n1.1   Menurut المعجم الوسيط Juzuk 1 (hal.237), khurafat ditakrifkan sebagai: “الخرافة :الحديث المستملح المكذوب” bermaksud: \"Khurafat: Cerita-cerita mempesona yang dicampur adukkan dengan perkara dusta\".\n1.2   Menurut kamus المنجد فى اللغة والاعلام (hal.175):\nالخرافة ج حرافات: الحديث الباطل مطلقا\nMaksudnya: “Khurafah, jamaknya khurafat, iaitu sebarang cerita-cerita yang dusta”. Menurut Kamus Al-Marbawi (hal.169) pula, khurafat ialah: cerita karut (karut marut).\n1.3   Dari beberapa definasi yang diutarakan, dapatlah dibuat kesimpulan seperti berikut:\n“Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran islam”.\n1.4   Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.\n2.   TAKRIF AZIMAT\n2.1   Takrif azimat pula menurut المعجم الوسيط (hal.621) ialah:\"العزيمة:الرقية\"  maksudnya: “Azimat: Jampi”.\n2.2   Menurut Dr.Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Fatawa al-Mu'asirah (hal.189) ialah: \"أن يرقى الشخص ويعزم عليه بكلام لا يفهم :-الرقية-\"\n         Maksudnya: “Bahawa seseorang itu berjampi dan berazimat dengannya dengan kata-kata yang tidak dapat difahami”.\n2.3   Dalam kamus المنجد فى اللغة والاعلام (hal.276) juga disebutkan bahawa azimat ialah الرقية iaitu memohon pertolongan/ bantuan untuk memperoleh sesuatu perkara dengan menggunakan kekuatan yang melampaui tabi'i.\n2.4     Menurut Kamus Dewan, (hal.70), azimat ialah: “Barang (tulisan) yang dianggap mempunyai sakti dan dapat melindungi pemakainya”.\n2.4   Berdasarkan takrif-takrif yang diberikan di atas, kesimpulannya azimat ialah suatu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa-kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi dan dipuja.\n3.   CIRI-CIRI KHURAFAT DAN AZIMAT\n3.1   Antara ciri-ciri khurafat ialah:\n i.  Ianya tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau Hadith.\n  ii.  Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.\n iii.  Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan islam.\n  iv.  Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang memudaratkan dan menyeleweng dari akidah Islam.\n v.Ia menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu.\n  vi.  Ia mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam.\n3.2   Antara ciri-ciri azimat ialah:\n i. Kepercayaan kepada kekuatan sesuatu benda bukan berdasarkan kepada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau Hadith.\n ii.   Menjadikan tulisan-tulisan, rajah-rajah dan objek-objek tertentu sebagai tangkal.\n iii. Menggunakan jampi serapah yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara kufur yang boleh membawa kepada syirik.\n iv. Berjampi kepada objek-objek atau rajah-rajah yang dicampur aduk dengan ayat Al-Quran untuk tujuan tertentu.\n4.   BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN AZIMAT\n4.1   Antara bentuk-bentuk khurafat ialah:\n i.   Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan sebagainya                               \n ii.  Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.                                 \n iii.   Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat memuja pantai dan sebagainya.                                 \n iv.   Kepercayaan kepada bertambah dan berkur;angnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.                                    \n v.    Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang seperti tidak boleh melihat bayi dimuka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.                                     \n vi.   Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.                              \n vii.   Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.\n\n\n4.2   Sementara bentuk-bentuk azimat pula ialah:                                        \n i.  Menjampi batu cincin, rantai baju, keria dan sebagainya untuk dijadikan pelindung diri seperti ilmu kebal, imu pengasih dan sebagainya.                                      \n ii. Membungkus tulisan-tulisan, rajah-rajah atau objek-objek tertentu dengan kain kuning untuk dijadikan tangkal.                                   \n iii.  Menjampi tulisan-tulisan yang tidak diketahui maknanya seperti الصلاء dan di campuradukan dengan ayat-ayat Al-quran.\nContohnya:\nااا م اااا ه 2\nالله لا اله الا هو الحى القيوم                                   \n iv.  Berjampi atau berazimat menggunakan kata-kata dicampur aduk dengan kata-kata sihir dan kufur yang tidak diketahui maknanya.\nContohnya:\n“Bikana, makna, Nabi Yakun, Numa Yakun Akulah sebenar-benar Zat Allah”\n5.   HUJAH DAN DALIL\n5.1   Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Azimat\nIslam sangat menitiberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.\nSabda Rasullulah S.A.W.:\nعن عائشة رضى الله عنهما قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد). رواه أحمد و مسلم\n         Maksudnya: “Barangsiapa mengada-adakan dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakanya itu adalah tertolak”.\n                                                                (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim)\n Dan sabdanya lagi:\nعن عائشة رضى الله عنهما قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد). رواه أحمد و مسلم\n         Maksudnya: “Barang siapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak”.\n                                                    (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim)\n\n5.2   Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain daripada Allah S.W.T. adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah.\n5.3   Kepercayaan kepada sial, majal dan beramal dengan mandi, seperti mandi safar, jampi dan sebagainya untuk menolaknya adalah syirik dan merosakkan akidah. Rasullulah S.A.W. melarang keras orang yang mempercayai sial.\nSabda Rasullulah S.A.W.:\nعن ابن مسعود مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (الطيرة شرك الطيرة شرك وما منا إلا ولكن الله يذهبه بالتوكل). رواه أبو داود والترميذي\nMaksudnya: “Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik dan tiada seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetap Allah akan menghilangkannya tawakal”.(Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap).\n(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)\n5.4   Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.\n         Ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. dalam Suruh Yunus, ayat 106:\n         Maksudnya: “Janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.[1]       \nSabda Rasullulah S.A.W.:\nعن أبى هوريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من أتى عرافا أو ساحرا أوكاهنا فصدق بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم) رواه أحمد والحكيم\n         Maksudnya: “Barang siapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menayakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.”.\n                                                          (Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim)\n Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:\nعن عمران بن حصين قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ليس منا من تطير ولا تطير له أو تكهن أوتكهن أو سحر أو سحر له).   رواه الطبراني                                                            \n         Maksudnya: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan”.\n                                                                                       (Hadith Riwayat al-Tabrani)\n5.5   Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai perlindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.\n Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:\nعن ابن مسعود رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الرقى و التمائم و التولة شرك). رواه أبو داود وأحمد\n         Maksudnya: “Dari Ibn Mas'ud, Katanya: Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mantera,tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik”.\n                                                                 (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad)\n5.6   Jampi mantera juga merupakan azimat yang sering kali dilakukan.\n         Sabda Rasulullah S.A.W.:\nعن عوف بن مالك قال: كنا ترقى فى الجاهلية، فقلنا يا رسول الله: كيف ترقى فى ذلك؟ فقال: (اعرضوا على رقاكم لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك). رواه مسلم\n         Maksudnya: “Dari 'Auf Ibn Malik, Katanya: Dahulu kami melakukan jampi pada zaman Jahiliyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepada jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal syirik”.\n                                                                       (Hadith Riwayat Muslim)\n5.7   Menurut Dr.Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fatawa al-Mu'asirah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat iaitu:\na)     Ia mestilah didasarkan kepada Allah S.W.T. dan nama-namaNya.\nb)     Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maksudnya.\nc)     Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.\n5.8   Dalam amalan perubatan tradisional, terdapat jenis-jenis jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ada yang diharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah:\na)       Jampi yang diharuskan. Jampi jenis ini ialah jampi yang menepati tiga (3)  syarat seperti yang telah dinyatakan di perenggan 8.\nb)       Jampi yang diharamkan. Jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir, menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk, seperti jampi yang dimulakan dengan sebutan Bismillah atau Alhamdulillah dan diseru nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan “berkata-kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullullah” atau seumpamanya.\n\n6.   KESIMPULAN\n6.1   Segala bentuk khurafat dan azimat sama ada yang berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan akidah dan syariah Islam. Adalah diharapkan garis panduan ini dapat memberi panduan dan menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam supaya tidak melibatkan diri dengan amalan-amalan dan kepercayaan yang boleh bercanggah dengan ajaran Islam.\n\n[1] Semua terjemahan ayat al-Qur’an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al Qur’an. (2001). Kuala Lumpur : Darul Fikir.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":91,"MLFNS KALI":"23.0","TARIKH":"29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Garis Panduan Penamaan \n(Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, \nAnak Angkat Dan Saudara Kita\n","TAHUN":"2013/23","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013Msebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\n\nGARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF,\nANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA\n1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita.                                                                                                       \n2. Tafsiran\nDalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n“tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1].\n“persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2].\n“nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3].\n“kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4].\n“anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5]\nErtinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6].\n“maula” ertinya pemilik budak[7].\nErtinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8].\n“saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9].\n3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf\n3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)\n3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n2\nAhmad Bin Abdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)\nAzizah Binti Abdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)\n4. Penamaan Anak Angkat\n4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam\n4.1.1   Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.1.2   Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf.\n4.1.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak:\nFaiz\nTasnim\nNama bapa kandung:\nArif\nArif\nNama bapa angkat:\nAmir\nAmir\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nFaiz Bin Arif\nTasnim Binti Arif\n4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam\n4.2.1   Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.2.2   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah:\nPerkara                                             Nama\nNama kanak-kanak                        : Tan San Tai\nNama bapa kandung                     : Tan Lee Sin\nNama keluarga/ keturunan           : Tan\nNama Islam (kanak-kanak)           : Ahmad\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n4.2.3   Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n* Siva a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n*Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf\n4.3.1   Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n4.3.2   Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)\n4.3.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak\n:\nAhmad\nAzizah\nNama bapa angkat\n:\nAli\nAli\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBIL\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n4.4 Anak Pungut\n4.4.1   Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n4.4.2   Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim.\n4.4.3   Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas.\n5. Penggunaan “Maula”\nPenggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah.\n6. Penamaan Saudara Kita\n      i.      Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nJudi Anak Man\nAhmad Bin Man\nJoyah Anak Man\nMariam Binti Man\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n     ii.     Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n* Rajesh a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n* Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n    iii.      Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\n   iv.      Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Saudara Kita\nNama Anak Saudara Kita\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nMuhammad Tan Bin Ahmad Tan\n7.  Penutup\nAdalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam.\n\n[1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1).\n[2] Ibid\n[3] Ibid\n[4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002.\n[5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur.\n[6] Kamus dewan, edisi ke-4\n[7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204.\n[8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor. \n[9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998.\nMesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013Msebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\n\nGARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF,\nANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA\n1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita.                                                                                                       \n2. Tafsiran\nDalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n“tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1].\n“persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2].\n“nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3].\n“kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4].\n“anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5]\nErtinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6].\n“maula” ertinya pemilik budak[7].\nErtinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8].\n“saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9].\n3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf\n3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)\n3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n2\nAhmad Bin Abdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)\nAzizah Binti Abdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)\n4. Penamaan Anak Angkat\n4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam\n4.1.1   Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.1.2   Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf.\n4.1.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak:\nFaiz\nTasnim\nNama bapa kandung:\nArif\nArif\nNama bapa angkat:\nAmir\nAmir\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nFaiz Bin Arif\nTasnim Binti Arif\n4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam\n4.2.1   Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.2.2   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah:\nPerkara                                             Nama\nNama kanak-kanak                        : Tan San Tai\nNama bapa kandung                     : Tan Lee Sin\nNama keluarga/ keturunan           : Tan\nNama Islam (kanak-kanak)           : Ahmad\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n4.2.3   Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n* Siva a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n*Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf\n4.3.1   Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n4.3.2   Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)\n4.3.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak\n:\nAhmad\nAzizah\nNama bapa angkat\n:\nAli\nAli\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBIL\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n4.4 Anak Pungut\n4.4.1   Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n4.4.2   Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim.\n4.4.3   Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas.\n5. Penggunaan “Maula”\nPenggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah.\n6. Penamaan Saudara Kita\n      i.      Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nJudi Anak Man\nAhmad Bin Man\nJoyah Anak Man\nMariam Binti Man\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n     ii.     Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n* Rajesh a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n* Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n    iii.      Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\n   iv.      Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Saudara Kita\nNama Anak Saudara Kita\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nMuhammad Tan Bin Ahmad Tan\n7.  Penutup\nAdalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam.\n\n[1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1).\n[2] Ibid\n[3] Ibid\n[4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002.\n[5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur.\n[6] Kamus dewan, edisi ke-4\n[7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204.\n[8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor. \n[9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998.\n\nMesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013Msebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\n\nGARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF,\nANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA\n1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita.                                                                                                       \n2. Tafsiran\nDalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n“tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1].\n“persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2].\n“nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3].\n“kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4].\n“anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5]\nErtinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6].\n“maula” ertinya pemilik budak[7].\nErtinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8].\n“saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9].\n3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf\n3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)\n3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n2\nAhmad Bin Abdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)\nAzizah Binti Abdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)\n4. Penamaan Anak Angkat\n4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam\n4.1.1   Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.1.2   Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf.\n4.1.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak:\nFaiz\nTasnim\nNama bapa kandung:\nArif\nArif\nNama bapa angkat:\nAmir\nAmir\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nFaiz Bin Arif\nTasnim Binti Arif\n4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam\n4.2.1   Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.2.2   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah:\nPerkara                                             Nama\nNama kanak-kanak                        : Tan San Tai\nNama bapa kandung                     : Tan Lee Sin\nNama keluarga/ keturunan           : Tan\nNama Islam (kanak-kanak)           : Ahmad\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n4.2.3   Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n* Siva a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n*Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf\n4.3.1   Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n4.3.2   Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)\n4.3.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak\n:\nAhmad\nAzizah\nNama bapa angkat\n:\nAli\nAli\nPenamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:\nBIL\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan\n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n4.4 Anak Pungut\n4.4.1   Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.\n4.4.2   Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim.\n4.4.3   Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas.\n5. Penggunaan “Maula”\nPenggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah.\n6. Penamaan Saudara Kita\n      i.      Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nJudi Anak Man\nAhmad Bin Man\nJoyah Anak Man\nMariam Binti Man\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n     ii.     Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n* Rajesh a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n* Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n    iii.      Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\n   iv.      Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Saudara Kita\nNama Anak Saudara Kita\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nMuhammad Tan Bin Ahmad Tan\n7.  Penutup\nAdalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam.\n\n[1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1).\n[2] Ibid\n[3] Ibid\n[4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002.\n[5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur.\n[6] Kamus dewan, edisi ke-4\n[7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204.\n[8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor. \n[9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998.\n\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":92,"MLFNS KALI":"24.0","TARIKH":"10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M ","KATEGORI":"Muamalat/Ekonomi\n","TAJUK":"Skim Cepat Kaya \nDan Seumpamanya\n","TAHUN":"2014/24","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\ni.  Setiap pelaburan atau perniagaan dalam Islam mestilah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak dan bukan bergantung semata-mata kepada keuntungan.\n\n ii.  Selain itu, skim ini jelas bertentangan dengan kaedah fiqh Islam yang menyatakan sekiranya sesuatu kemaslahatan dan kemudaratan bertemu maka hendaklah diutamakan menolak kemudaratan dan sekiranya bertembung antara kemaslahatan individu dan masyarakat maka diutamakan kemaslahatan masyarakat. Sekiranya skim ini dibiarkan berterusan, ia boleh memudaratkan ekonomi sesebuah negara kerana orang ramai beranggapan mereka tidak perlu bekerja dan wang boleh diperolehi dengan mudah tanpa sebarang usaha yang kuat.     \n iii.  Oleh hal yang demikian hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":93,"MLFNS KALI":"24.0","TARIKH":"10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M ","KATEGORI":"Perubatan","TAJUK":"Eutanasia Atau Mercy Killing","TAHUN":"2014/24","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\ni.  Hayat seseorang berakhir apabila roh dicabut daripada jasadnya. Secara perubatan, ia ditentukan apabila jantung dan/atau otak telah berhenti berfungsi. Sebarang tindakan, dengan menggunakan apa-apa nama sekalipun, yang menyebabkan jantung dan/atau otak berhenti berfungsi sebelum ia sepatutnya berlaku menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh.\n          \nii.  Eutanasia, dalam ertikata menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah dilarang dalam Islam. Pesakit yang meminta supaya dijalankan Eutanasia ke atasnya secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa syarat boleh dikategorikan sebagai telah membunuh diri atau melakukan sesuatu untuk membunuh diri. Pengamal perubatan yang mengambil tindakan menghentikan hayat pesakit melalui apa-apa cara boleh dikategorikan sebagai telah membunuh seseorang. Wakil yang meminta agar hayat pesakit dihentikan dengan apa-apa cara boleh dikategorikan sebagai pihak yang menyuruh pesakit itu dibunuh.           \n iii.  Seandainya rawatan diberhentikan setelah disahkan jantung dan/ atau otak berhenti secara hakiki dan hanya berfungsi kerana bantuan alat sokongan, ia terkeluar daripada maksud amalan Eutanasia kerana tujuan menghentikan hayat tidak lagi terlaksana. Tindakan seumpama ini dibolehkan kerana pesakit telah disahkan mati dan tidak memerlukan sebarang rawatan.       \n   iv. Tiada ruang dalam Islam yang membolehkan seseorang itu memilih untuk mati dengan memberhentikan sebarang bentuk rawatan demi menamatkan kesengsaraan yang dialami. Berdasarkan kepada hadith ‘Ata’ bin Abi Rabah, si pesakit boleh memilih untuk tidak membuat rawatan tetapi ia bukan alasan untuk menamatkan kehidupan. Dia perlu bersabar menerima dugaan Allah SWT. Selain itu tiada dalil yang membenarkan hayat seseorang dihentikan demi mengurangkan kos rawatan.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":94,"MLFNS KALI":"24.0","TARIKH":"10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M ","KATEGORI":"Muamalat/Ekonomi\n","TAJUK":"Parameter \nPelaburan Emas\n","TAHUN":"2014/24","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014Msebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\nSyarat Umum Jual Beli\n1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah. \n\nPihak Yang Berakad \n2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:\n \ni.  Baligh, berakal dan rasyid\nJika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.\n \nii.  Keredhaan\nAkad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.\n \nHarga Belian (al-Thaman) \n3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.\n   \nBarang Belian (al-Muthman) \n4.  Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.\n \n5.  Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah. \n6.  Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah: \ni.   Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya. \nii.    Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan. \niii.  Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas. \nSighah\n7.  Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’. \n8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.\n9.   Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\nSyarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi \n10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut: \ni.  Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.\nii.    Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. \nSyarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.\nPerincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:\nSyarat Pertama: Taqabudh\n11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.\n12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:\nPembayaran secara tunai\na.     Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)\na.     Pembayaran secara cek peribadi\nb.     Pembayaran secara kad debit\nc.     Pembayaran secara kad kredit\nd.     Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa. \nSecara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.\nStatus tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.\n13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:\na.     Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.\nb.     Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.\n14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.\nPerlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.\nSyarat Kedua: Secara Lani\n15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.\n16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran. \n17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali. \nManakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah dilakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.\nDi dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.\nNamun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:\nPihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:\ni.      Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.\nii.  Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.            \niii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.          \niv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.\nApabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.\nAkad Dan Unsur Sampingan\n18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut. \n19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.\n20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.\n21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.\n22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.\n23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar (fahish) yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":95,"MLFNS KALI":"24.0","TARIKH":"10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M ","KATEGORI":"Zakat","TAJUK":"Garis Panduan \nPengurusan Zakat \nAsnaf Riqab Dan Gharimin\n","TAHUN":"2014/24","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\nGaris Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin\nNegeri Sarawak\nSatu garis panduan bagi memberi panduan kepada Tabung Baitulmal Sarawak berkaitan agihan zakat kepada asnaf riqab dan gharimin sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-24 pada 10 Jamadilawal 1435H bersamaan 12 Mac 2014M seperti berikut:\n\"Berdasarkan pembentangan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia danmeneliti fakta-faktadan hujah-hujah yang dikemukakan oleh penyelidik, Muzakarahberpuashatidanbersetuju menerima hasil kajian dan GarisPanduan Pengurusan Zakat AsnafRiqabDanGharimin: Satu Analisis Kontemporariyang telah dikemukakan oleh pihak penyelidik . \nBAHAGIAN I\nPERMULAAN \nTajuk ringkas \n(1)   Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin Negeri Sarawak.\nTafsiran \n(2)  Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: \n“Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 45, Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001. \n”Gharim” ertinya golongan yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf gharimin iaitu individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya, Individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum, individu yang menjadi penjamin dan individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam. \n”Hamba mukatab” ertinya hamba yang dijanjikan oleh tuannya boleh dibebaskan dengan syarat membayar sejumlah wang. Harta zakat diberikan kepada tuan kepada hamba tersebut bagi melangsaikan hutang tebusan tersebut.\n“Hamba sahaya” ertinya hamba yang dibeli menggunakan harta zakat, kemudian dia dimerdekakan.\n“Hutang” ertinya hutang untuk keperluan yang dibenarkan oleh syarak dan bukan hutang pada perkara dosa, maksiat, atau safah (melebihi keperluan).\n”Individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya” ertinya golongan orang fakir yang sangat memerlukan, orang berhutang yang tidak mampu membayar hutangnya, dan orang yang menanggung kos bayaran diyat (denda gantian dalam hukuman qisas).\"\n“Individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum” ertinya seorang yang menganggung satu tanggungan (seperti membayar diyat pihak yang berkonflik atau menanggung ganti rugi daripada konflik), seorang yang ditimpa wabak penyakit sehingga habis hartanya dan seorang yang ditimpa bencana. \n“Individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam” ertinya seseorang yang hartanya rosak kerana banjir, juga rosak kerana terbakar, dan seseorang yang mempunyai ahli keluarga tetapi dia tidak memiliki harta, lalu dia berhutang untuk memberi nafkah kepada ahli keluarganya.\" \n“Orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan” ertinya individu beragama Islam yang dikuasai oleh seseorang atau organisasi secara paksa yang diperlakukan secara tidak adil untuk manfaat pihak yang menguasai serta individu yang dikuasai itu tidak memiliki kebebasan mengurus keperluan diri. Contohnya, orang yang ditawan oleh musuh, diculik, buruh paksa, mangsa pemerdagangan orang, buruh kanak-kanak, orang yang dieksploitasi untuk menjadi pekerja seks, orang yang dieksploitasi kerana bebanan hutang. \n“Penjamin” ertinya seseorang yang dapat memenuhi keperluan undang-undang untuk menjadi seorang penjamin dan bertanggungjawab membayar hutang peminjam jikalau beliau mungkir.\n”Riqab” ertinya golongan yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf riqab iaitu hamba mukatab, hamba sahaya dan orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan. \n”Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. \n”Zakat” ertinya cukai daripada harta dan pendapatan seseorang orang Islam yang kena dibayar mengikut Undang-Undang Islam.\nBAHAGIAN II\nASNAF RIQAB \nGolongan Yang Layak \n(3)  Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf riqab hendaklah terdiri daripada golongan:\n(a)  Hamba mukatab;\n(b)  Hamba sahaya; dan\n(c)  Orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan. \nSyarat Kelayakan \n(4)  Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada golongan seperti dalam perkara 3 (a), (b)dan (c) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:\n(a)    beragama Islam;\n(b)    memerlukan kepada bantuan kewangan;\n(c)    dengan kehendak sendiri mahu keluar daripada eksploitasi;\n(d)   dieksploitasi oleh individu lain, bukan terjerumus ke dalam kancah belenggu dengan kehendak diri sendiri; dan\n(e)    bertujuan untuk menghapuskan penindasan dan eksploitasi terhadap asnaf riqab.\nBAHAGIAN III\nASNAF GHARIMIN \nGolongan Yang Layak \n(5) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf gharimin hendaklah terdiri daripada golongan:\n(a) individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya;\n(b) individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum;\n(c) individu yang menjadi penjamin; dan\n(d) individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam.\nSyarat Kelayakan \n(6) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada golongan seperti dalam perkara 5 (a), (b) (c) dan (d) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:\n(a) Islam;\n(b) Merdeka;\n(c) telah sedia berhutang sama ada berhutang untuk keperluan diri, ahli keluarga, atau masyarakat, juga menjadi penjamin hutang;\n(d) hutang tersebut adalah untuk keperluan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam;\n(e) fakir iaitu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melangsaikan hutang; dan\n(f)  menjadi penjamin kepada yang berhutang \nBAHAGIAN IV\nPELBAGAI \nTanggungjawab Tabung Baitulmal Sarawak\n(7)  Bagi memastikan seseorang pemohon itu tergolong di dalam asnaf riqab dan asnaf gharimin, pihak Tabung Baitulmal Sarawak bolehlah membuat penyiasatan yang perlu dengan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tujuan tersebut. \nBidangkuasa Melulus\n(8)  (1)  Permohonan yang telah diterima oleh Tabung Baitulmal hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas bagi tujuan meluluskan permohonan tersebut.\n(2)    Jawatankuasa ini setelah berpuas hati dengan keesahan permohonan mempunyai bidangkuasa untuk menolak atau meluluskan permohonan yang dikemukakan berdasarkan kaedah dan tatacara yang telah ditentukan olehnya.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":96,"MLFNS KALI":"25.0","TARIKH":"13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M","KATEGORI":"Muamalat/Ekonomi\n","TAJUK":"Garis Panduan \nPerniagaan Jualan Langsung \nMenurut Perspektif Islam\n","TAHUN":"2014/25","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\nGARIS PANDUAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG\nMENURUT PERSPEKTIF ISLAM\n1. Pengenalan\nSatu garis panduan bagi memberi panduan kepada syarikat jualan langsung, peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam perniagaan seumpama ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali Ke 12 pada 14 November 2007M / 4 Zulkaedah 1428H telah memutuskan bahawa:\n“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) yang diluluskan oleh kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”.\n2. Tajuk ringkas.\nGaris panduan ini bolehlah dinamakan sebagai garis panduan perniagaan jualan langsung menurut perspektif Islam.\n3. Tafsiran:\nDalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n“Akad” (Agreement/ contract) ertinya perjanjian antara syarikat dan peserta yang telah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak menurut hukum syarak.\n“Barang” (Good) ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain daripada hak dalam tindakan, suratcara boleh niaga, syer dan wang.\n“Bonus” (Incentive/ bonus) ertinya bayaran tambahan sebagai saguhati selain upah atau gaji.\n“Elektronik” (Electronics) ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optic, magnetic, elektromagnetik, biometric, fotonik atau teknologi lain yang seumapamanya.\n“Harta tidak ketara” (Intangible assets) ertinya apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai atau manfaat yang jelas kepada peserta dan pengguna.\n“Insentif” (Incentive) ertinya sesuatu yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan.\n“Jualan langsung” (Direct selling) ertinya jualan pintu ke pintu, pesanan pos atau jualan transaksi elektronik termasuk pelan pemasaran berbilang tingkat, pelan pemasaran satu tingkat dan jualan melalui pesanan pos.\n“Jualan pintu ke pintu” (Door-to-door sales) ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara sepeerti yang berikut:\nSeseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk:\na)       Pergi dari satu tempat ke satu tempat selain dari satu tempat perniagaan yang tetap, atau\nb)       Membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.\nOrang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu.\n“Jualan pesanan pos” (Mail order sales) ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.\n“Jualan melalui transaksi elektronik” (Sales through electronic transactions) ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain.\n“Komisen” (Commission) ertinya upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual barang atau perkhidmatan.\n“Perkhidmatan” (Service) ertinya apa-apa jenis hak atau faedah kecuali barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan.\n“Peserta” (Participants) ertinya orang yang mengambil bahagian dalam skim jualan langsung dan termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen dan pembeli.\n“Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/ MLM)” ertinya syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah. Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus).\n“Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)” ertinya syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah yang dibuat. Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain.\n“Produk” (Product) bermaksud barang atau perkhidmatan.\n“Skim Piramid” (Pyramid scheme) ertinya apa-apa skim, perkiaraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperolehi semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai pyramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.\n4. KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM\nPerniagaan jualan langsung yang diharuskan oleh hukum syarak mengandungi ciri-ciri seperti berikut:\n4.1     Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis.\na)       Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas perihal perjanjian antara syarikat dan peserta.\nb)       Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui oleh syarikat dan peserta.\nc)       Kontrak hendaklah mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA” yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times[1].\nd)       Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil syarikat dan peserta yang baharu menyertai syarikat jualan langsung.\ne)       Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang yang menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu.[2]\n4.2     Tempoh Bertenang (Cooling Off Period)\na)       Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang dari sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.\nb)       Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian yang telah dibayar oleh peserta.\nc)       Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh sepuluh hari, dan syarikat hendaklah memulangkan kembali keseluruhan wang atau harga barang tersebut.\nd)       Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh beberapa hari sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:\n...حدثنا كثير بن عبد الله بن عمرو بن عوف المزني عن أبيه عن جده أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال الصلح جائز بين المسلمين إلا صلحا حرم حلالا أو أحل حراما والمسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا أو أحل حراما.\n قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح\nMaksudnya: “Telah diceritakan kepada kami kathir bin Abdullah bin ‘amru bin ‘auf al-Muzanniy daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa perdamaian diharuskan dikalangan orang Islam kecuali perdamaian yang mengharamkan yang halal atau yang menghalalkan yang haram dan orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram”.[3]\n4.3     Yuran keahlian pada kadar yang minima.\na)       Yuran yang ditetapkan hendaklah pada kadar yang minima meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat.\nb)       Menerusi pembayaran yuran, peserta secara automatic telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung.\nc)       Yuran keahlian hendaklah tidak mengandungi elemen pernyertaan dalam kad diskaun yang menetapkan kadar yuran keahlian yang tinggi yang boleh membebankan peserta.\n4.4     Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan kehendak syarak seperti berikut:\na)       Membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/ atau\nb)       Menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.\n4.5     Akad-akad dalam perniagaan jualan langsung.\na)       Akad-akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta.\nb)       Tertakluk kepada (a), pada asasnya akad antara syarikat dengan peserta boleh terdiri daripada akad-akad yang berikut:\ni.   Al-wakalah (الوكالة) wakil atau ejen\nAl-wakalah ialah akad yang member kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Dalam akad ini, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan (dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti setahun) berdasarkan konsep al-jua’lah. Menerusi akad al-wakalah, peserta atau wakil boelh berhenti atau menarik diri pada bila-bila masa apabila peserta tidak lagi melaksanakan kerja dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat misalnya setahun. Sekiranya peserta tidak menarik diri selepas tempoh tersebut, kontrak akan tamat dengan sendirinya meskipun tidak dimaklumkan kepada syarikat berhubung penamatan tersebut.[4]\nii.  Al-wakalah bi ujr (الوكالة بأجر) wakil atau ejen dengan upah\nAl-wakalah bi ujr ialah akad yang member kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Menerusi akad ini, syarikat akan melantik peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas sasaran jualan berdasarkan konsep al-ju’alah. Menerusi akad al-wakalah bi ujr, kedua-dua pihak tidak harus membatalkan akad tanpa persetujuan pihak lain.[5]\nNota:\nDari sudut fiqh, al-wakalah bi ujr terbahagi kepada dua. [6]\nPertama: al-wakalah dengan konsep al-ju’alah (upah atas hasil kerja/ result oriented).\nContoh: “A menjadi wakil B untuk mempromosi barang, jika terjual barang tersebut, 5% daripadanya milik B.”\nAl-wakalah dengan konsep al-ju’alah semua fuqaha’ berpandangan ia tidak mengikat kecuali mazhab Maliki yang mengatakan mengikat jika orang yang menerima tawaran telah memulakan kerja atau tugas.\nKedua: Al-wakalah dengan konsep ijarah (upah atas masa contoh seminggu, setahun/ effort oriented)\nContoh: “A menjadi wakil B untuk menjual barang dengan upah RM10 sehari.” A tetap mendapat upah meskipun tidak Berjaya menjual barang tersebut.\nMazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa wakalah dengan konsep ijarah mengikat kedua-dua belah pihak. Menurut mazhab Syafi’I dan Hanbali, ia tetap tidak mengikat.\niii. Al-ju’alah (الجعالة)\nAl-ju’alah ialah akad yang menjanjikan pemberian saguhari kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan. Peserta yang menjual produk serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat dijanjikan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain berdasarkan konsep al-ju’alah.[7]\niv. Hibah (الهبة)\nHibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan olehsyarak oleh syarikat kepada peserta.\nv.  Al-bay’ (البيع) Jual Beli\nAkad antara peserta atau pihak yang membeli produk keluaran syarikat.\nvi. Ijarah ‘ala al-a’mal (اجارة على الأعمال) upah khidmat atau kerja\nAkad ijarah ‘ala al-a’mal ialah kontrak memberi upah terhadap khidmat yang diberikan dalam bentuk kerja,[8] pemikiran dan kepakaran. Bentuk-bentuk ijarah ‘ala al-a’mal antaranya adalah seperti makan gaji, mengambil upah atau bayaran bagi perkhidmatan.[9]\nDalam konteks jualan langsung, akad ini berlaku menerusi hubungan antara syarikat dengan kakitangan yang bertugas di ibu pejabat dan cawangan-cawangan sama ada yang menjalankan tugas pentadbiran atau promosi. Sebagai balasan atas khidmat yang diberikan, kakitangan tersebut dibayar gaji. Di samping itu, kakitangan dicawangan yang menjalankan tugas membuat penerangan tentang syarikat, mempromosi dan menjual produk serta mendaftaf ahli baharu untuk syarikat juga boleh menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain jika prestasi jualan meningkat berdasarkan konsep al-ju’alah.\n4.6     Kontrak berteraskan prinsip saling reda-meredhai. (التراضي)\na)       Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling redha-meredhai (التراضي) semasa memeterai akad. Jumhur fuqaha’ bersepakat bahawa prinsip saling redha-meredhai merupakan syarat sah akad.\nb)       Dalil al-Quran adalah menerusi firman Allah SWT:  \nMaksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu, Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”.\n(Surah An-Nisa’: 29)\nc)       Dalil al-Sunnah adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW:\nحدثنا العباس بن الوليد الدمشقي حدثنا مروان بن محمد حدثنا عبد العزيز بن محمد عن داود بن صالح المديني عن أبيه قال سمعت أبا سعيد الخدري يقول قال رسول الله صلى الله وسلم إنما البيع عن تراض [10]\nMaksudnya: “Diceritakan kepada kami al-A’bbas bin al-walid al-Dimasyqiy sebagaimana yang diceritakan kepada kami oleh Marwan bin Muhammad sebagaimana yang diceritakan kepada kami oleh Abdul Aziz bin Muhammad daripada Daud bin Saleh al-Madiniy daripada bapanya beliau berkata bahawa aku telah mendengar Abu Said al-Khudriy berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa sesungguhnya jual beli adalah berdasarkan konsep saling redha-meredhai (kerelaan kedua-dua pihak)”.\n(Hadith Riwayat Ibn Majah)\nd)       Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling redha-meredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. Justeru, transaksi jualan langsung antara pihak-pihak hendaklah berpaksikan kepada prinsip saling redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi.\n4.7     Setiap peserta syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan seperti yang berikut:\na)       Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/ atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi al-hibah (janji untuk member hibah).\nb)       Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al-ju’alah.\nc)       Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entity perniagaan baharu di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner).\n4.8     Produk hendaklah memenuhi kriteria seperti yang berikut:\na)       Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barangan dan perkhidmatan yang bermanfaat menurut perspektif syarak.\nb)       Produk tersebut hendaklah berkualiti dan selamat untuk digunakan.\nc)       Produk bukanlah sebagai alat atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata.\nd)       Produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat hendaklah mendapat pengiktirafan halal JAKIM atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi menjamin sistem pengurusan syarikat adalah mengikut prinsip-prinsip Islam, disarankan agar syarikat jualan langsung memohon piawaian MS 2400:2010 Standards On Halal Logistics, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran,Penyediaan dan Penyimpanan, MS2200:2008 Standards On Halal Cosmetics dan MS1900:2005 Standards On Quality Management System From Islamic Perspective bagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit.\ne)       Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.\n4.9     Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau serta berkadaran dengan jenis dan kualiti barang.\n4.10  Pemberian insentif.\na)       Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain.\nb)       Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip al-jua’lah atau hibah.\nc)       Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu.\nd)       Pelan pemasaran syarikat jualan langsung dan pelan pemberian insentif yang bermatlamat perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata atau terutamanya sebagai kelayakan untuk mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah mengandungi elemen money game atau perjudian yang tidak diharuskan oleh hukum syarak. \ne)       Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline yang dibantunya sahaja.\nf)        Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/ atau atas sumbangan syarikat.\ng)       Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan oleh peserta bagi melayakkanya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut.\nh)       Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif.\ni)         Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain. Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game.\nj)         Pelan pemasaran syarikat dan pelan pemberian insentif kepada peserta hendaklah dinyatakan secara jelas oleh syarikat dalam dokumen bertulis.\n4.11  Polisi beli balik atau polisi bayar balik.  (Sale And Buyback Policie)\na)       Syarikat hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi terma tentang polisi beli balik atau bayar balik.\nb)       Syarikat hendaklah membeli balik apa-apa barang yang dipasarkan yang telah dijual kepada peserta dalam masa enam bulan dengan membuat pembayaran tidak kurang daripada sembilan puluh peratus (90%) daripada amaun yang dibayar.[11]\n4.12  Mana-mana peserta boleh menarik diri daripada menyertai syarikat pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.\n4.13  Pelantikan Penasihat Syariah.\na)       Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam yang sekurang-kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat.[12]\nb)       Syarikat digalakkan untuk melantik Penasihat Syariah yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian dalam bidang muamalat.\nc)       Penasihat syariah tidak boleh mempunyai sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pendiriannya dalam membuat keputusan yang bebas dengan mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat seperti pasangan, anak atau adik-beradik dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah; dan tidak mempunyai kepentingan saham dalam syarikat jualan langsung atau anak-anak syarikatnya.\n4.14  Program latihan.\na)       Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan secara percuma bagu tujuan seperti berikut:\ni.       Untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; dan\nii.      Untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat.\nb)       Syarikat boleh menganjurkan program latihan secara berbayar dengan kadar yuran penyertaan yang munasabah.\nc)       Pengendalian program latihan hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip syarak termasuklah memelihara adab dan pergaulan antara mahram dan bukan mahram.\n5. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG\n5.1     Unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung adalah seperti berikut:\n5.1.1   Mengandungi unsur skim piramid seperti yang berikut:\ni.      Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu downline yang baharu ditaja oleh upline akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari downline yang lain.\nii.     Penyertaan dalam perniagaan jualan langsung dengan niat untuk mencari atau merekrut peserta baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan dengan niat menjalankan perniagaan adalah mengandungi elemen skim piramid atau skim cepat kaya.\niii.      Pendapatan peserta dan syarikat dalam skim piramid atau skim cepat kaya dijana daripada yuran penyertaan ahli baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan hasil daripada penjualan barang atau perkhidmatan.\niv.      Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi’ah iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secar tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak berlaku secara tangguh.\nv.      Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.\nvi.      Peserta dikehendaki membeli barang-barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan boleh dijual atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.\n vii.     Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak.\n\n viii.      Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau upline dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak.\n5.1.2   Mengandungi unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif.\ni.      Syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif adalah telus dan adil serta bebas daripada sebarang bentuk penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi yang boleh memperdaya ahli atau pengguna.\nii.     Sebarang unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi oleh ahli atau pengedar dalam usaha mencari ahli baharu semata-mata atau terutamanya untuk meningkatkan sasaran pencapaian kumpulan adalah ditegah oleh hukum syarak.\niii.    “Manipulasi” ertinya segala tindakan dan selok-belok untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu.\niv.   “Eksploitasi” ertinya perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.\nDalil as-Sunnah yang melarang perbuatan menipu dan memperdaya dalam jual beli.\nحدثنا علي بن حجر أخبرنا إسمعيل بن جعفر عن العلاء بن عبد الرحمن عن أبيه عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مرعلى صبرة من طعام فأدخل يده فيها فنالت أصابعه بللا فقال : ما هذا يا صاحب الطعام ؟، قال : أصابته السماء يا رسول الله . قال : أفلا جعلته فوق الطعام حتى يراه الناس، ثم قال من غش فليس منا.[13]\nMaksudnya: “Diceritakan oleh Ali bin Hujr sebagaimana yang telah disampaikan oleh Ismail bin Ja’far daripada al-‘Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah berjalan melalui satu timbunan makanan lalu baginda memasukkan tangannya dalam timbunan tersebut maka tersentuh jari-jarinya sesuatu yang basah, lalu baginda bertanya kepafa tuan makanan tersebut, apa ini? lalu dia menjawab, makanan itu terkena air hujan, Rasulullah lantas berkata, tidak bolehkah kamu meletakkan yang basah itu di atas sehingga orang dapat melihatnya kemudian baginda bersabda sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kami”.\n(Hadith al-Tirmizi)\n... عن صالح أبي الخليل عن عبد الله بن الحارث قال سمعت حكيم بن حزام رضي الله عنه عن النبي الله صلى الله عليه وسلم قال البيعان بالخيار ما لم يتفرقا فان صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما وإن كذبا وكتما محقت بركه بيعهما.\nMaksudnya: Daripada Saleh Abi al-Khalil daripada Abdullah bin al-Harith, beliau telah berkata bahawa beliau telah mendengar Hakim bin Hizam RA daripada Rasulullah SAW telah bersabda, pembeli dan penjual mempunyai hak khiyar (pilihan untuk meneruskan akad atau pun tidak) selagi mana mereka belum berpisah. Sekiranya mereka berkata jujur dan menjelaskan (kondisi barang dan harganya) dalam jual beli, kedua-duanya akan diberkati. Namun sekiranya mereka berdusta dan menyembunyikan (perkara yang sebenar), maka dihapuskan keberkatan jual beli mereka.\n(Hadith Riwayat al-Bukhari)\n5.1.3   Mempunyai unsur paksaan\ni.      Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa unsur paksaan yang boleh menggangu atau mendatangkan kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati.\nii.     Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk, pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau menolak pelawaan tersebut.\niii.    Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka berkemungkinan tidak memerlukan beberapa item dalam pakej tersebut.\n5.1.4   Mengandungi unsur pembaziran\ni.      Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya.\nii.     Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar serta keupayaan untuk menjual produk tersebut.\n5.1.5   Menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha\nMana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/ bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba.\n5.1.6   Tidak membenarkan peserta menarik diri\nSyarikat yang tidak membenarkan peserta menarik diri daripada menyertai jualan langsung adalah tidak selaras dengan ketetapan hukum syarak kerana padanya terdapat unsur paksaan dan penindasan.\n5.1.7   Mengandungi unsur syubhah\nDalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan multi-level marketing, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam.\n6. PENUTUP\nPerniagaan jualan langsung mempunyai potensi sebagai satu bentuk perniagaan yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada parameter ini untuk menentukan perniagaan jualan langsung tersebut adalah patuh syariah bagi memastikan rezeki yang diperoleh adalah halal.\nSekiranya terdapat sebarang kemusykilan sama ada bentuk peniagaan jualan langsung tersebut bertepatan dengan parameter ini atau tidak, hendaklah merujuk ke Jabatan Mufti Negeri Sarawak untuk penjelasan lanjut.\n[1] Seksyen 23 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993.\n[2] Seksyen 26 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993.\n[3] Menurut Al-Tirmizi Hadith Ini Bertaraf Hasan Sahih. Al-Tirmizi, Sunan Al-Tirmizi Dalam Mawsu’ah Al-Sunnah Al-Kutubu Al-Sittah Wa Shuruhiha, Cet.2, Jil.13, (Istanbul: Dar Al-Da’wah, 1992) Hlm.634-635, No Hadith 1352, Kitab Al-Ahkam, Bab Ma Dhukira’an Rasulullah Saw Fi Al-Sulhi Baina Al-Nas.\n[4] Akad wakalah pada asalnya merupakan akad al-jaizah (bebas) yang tidak mengikat kedua-dua belas pihak. Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, cet.8, jil.3, (Beirut: Dar Al-Kitab Al’arabi, 1987), hlm.236. Lihat lampiran 5. Menurut al-Zuhayli, akad wakalah terhenti apabila berlalunya tempoh yang ditetapkan oleh pewakil berdasarkan pandangan mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali, Al-Zuhayli, Wahbah, Fiqh Al-Islami Wa-Adillatuhu, cet.4, jil.5, (Damsyik: Dar Al-Fikr, 1997), hlm.4120.\n[5] Berdasarkan pandangan masyhur dalam Mazhab Hanafi dan Maliki, wakalah dengan upah yang ditentukan masa dan kerja seperti jurujual dan broker, ia adalah akad lazim. Menurut Mazhab Hanbali dan Syafi’I, akad wakalah tidak mengikat (ghair lazim) dalam apa keadaan sekalipun. Al-Zuhayli, hlm.4114-4115.\n[6] Al-Zuhayli, hlm.4114-4115.\n[7] Fatwa dar al-ifta’ al-misriyyah pada 26.3.2007 menyatakan bahawa tiada larangan dari segi hukum syarak untuk syarikat member bonus kepada pengedarnya menerusi peratusan hasil daripada pemeblian peserta di bawah rangkaiannya sekalipun pembelian tersebut bukan melaluinya tetapi melalui orang yang didatangkannya (kepada syarikat). Ini kerana sebab atau factor (sahabiyyah) tersebut kekal dan mencukupi untuk melayakkannya terus mendapat bonus dari syarikat. Malah tiada dalam kaedah-kaedah dalam syariat yang menhalang syarikat untuk member bonus kepadanya. Bahkan hal ini menjadi motivasi baginya untuk membantu ahli di bawahnya sehingga perolehan atau pendapatan syarikat menjadi semakin besar. http://.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=523&Home=1&LangID=1 diakses pada 19 mei 2011.\n[8] Dari segi fiqh, ijarah bermaksud akad pertukaran antara manfaat atau khidmat dengan bayaran. Al-zuhayli, Wahbah, Al-Muamalat Al-Maliyah Al-Mu’asirah, hlm.72. Menurut al-Zuhayli, kontrak sewa terhadap pekerjaan meliputi ialah kontrak yang dibuat terhadap sesuatu pekerjaan yang tertentu seperti membina bangunan, menjahit pakaian atau memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mencelup kain, membaiki kasut dan sebagainya. Al-zuhayli, hlm.3845.\n[9] Ahmad Adnan bin Fadzil, soal jawab MLM Syariah HPA, cet.1 (Arau: Islamic book store teknologi HPA sdn.bhd, 2010) hlm.88.\n[10] Ibn Majah, Sunan Ibn Majah dalam mawsu’ah al-sunnah al-kutubu al-sittah wa Shuruhuha, cet.2, jil 18, (Istanbul: Dar al-Da’wah, 1992), hlm, 737, no. hadith 2185, kitab al-tijarat, bab bay’ al-khiyar).\n[11] Berdasarkan peraturan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.\n[12] Berdasarkan Shariah Governance Framework For Islamic Financial Institutions, Bank Negara Malaysia, http://www.bnm.gov/guidelines/05_Shariah/02_Shariah_Governance_Framework_20101026.pdf,18.Mei.2011\n[13] Menurut al-Tirmizi, hadith Abu Hurairah ialah hadith bertaraf hasan sahih. Al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi dalam Mawsu’ah al-sunnah al-kutubu al-sittah wa shuruhuha, cet.2, jil.13, (Istanbul: Dar al-Da’wah, 1992), hlm.606-607, no hadith 1315, kitab al-buyu’, bab ma ja’a fi karahiyati al-ghish fi al-buyu’. Disepakati oleh ulama’ bahawa hukum tipu daya dalam jual beli adalah haram. \n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":97,"MLFNS KALI":"25.0","TARIKH":"13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M","KATEGORI":"Sosial/\nSyariah\n","TAJUK":"Hukum Melakukan Sertu/ \nSamak Najis Mughallazah \nMenggunakan Sabun Tanah Liat\n","TAHUN":"2014/25","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n1.Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan sertu/ samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.\nKeterangan/Hujah: \ni. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan sertu/ samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterima pakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.\nHadis Nabi S.A.W.:\n“Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah”.\nii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir. Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.\niii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun sertu/ samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.\niv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.\nv.  Bagi umat Islam yang tinggal di luar negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.\nvi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan sertu/ samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan sertu/ samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.\nvii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.\n2.Mesyuarat mencadangkan proses penentuan kandungan sama ada sabun tersebut boleh digunakan untuk tujuan sertu/ samak adalah dibawah kawalan Bahagian Halal dalam mengeluarkan sijil halal. Oleh itu pengusaha sabun tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Sarawak.\n\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":98,"MLFNS KALI":"25.0","TARIKH":"13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M","KATEGORI":"Makanan","TAJUK":"Bahan Pewarna (Cochineal) \nDalam Islam\n","TAHUN":"2014/25","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).\nMesyuarat juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.\nBerdasarkan ketetapan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":99,"MLFNS KALI":"25.0","TARIKH":"13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M","KATEGORI":"Muamalat/Ekonomi\n","TAJUK":"Kedudukan Caruman \nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp)\n","TAHUN":"2014/25","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nWang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"},{"_id":100,"MLFNS KALI":"26.0","TARIKH":"9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M","KATEGORI":"Ibadah","TAJUK":"Qurban Dan Aqiqah \nKe Atas Haiwan \nYang Tidak Diketahui Umur \nDan Status Buntingnya\n","TAHUN":"2014/26","SIGHAH KEPUTUSAN":"Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\n1.1     Qurban dan aqiqah yang telah disyariatkan dalam al-Quran dan al-Hadith merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah S.W.T. \n1.2     Sehubungan itu, hukum qurban dan aqiqah ke atas haiwan ternakan adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’ iaitu:\n    i.      Anak kambing muda umurnya melebihi enam (6) bulan.\n    ii.       Biri-biri umurnya telah genap setahun (1) dan telah masuk ke tahun yang kedua (2).\n    iii.       Lembu umurnya telah genap dua (2) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke tiga (3).\n    iv.       Unta umurnya genap lima (5) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke enam (6).\n1.3     Individu yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah hendaklah memastikan haiwan tersebut cukup umur dan tidak bunting.\n1.4     Para pengimport haiwan ternakan dan penternak tempatan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memastikan haiwan untuk tujuan ibadah qurban dan aqiqah mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan terutama dari segi umur dan status buntingnya.\n1.5     Walau bagaimanapun, jika status buntingnya diketahui setelah melakukan sembelihan maka ibadah qurban dan aqiqah tersebut adalah sempurna.\n","STATUS PEWARTAAN":"Tidak Diwartakan"}], "_links": {"start": "/api/3/action/datastore_search?resource_id=d5735878-36e2-465a-bf8c-77ab382a29ee", "next": "/api/3/action/datastore_search?offset=100&resource_id=d5735878-36e2-465a-bf8c-77ab382a29ee"}, "total": 117}}